Penurunan kes di Arab Saudi

ARAB Saudi terus merekodkan penurunan jumlah kes harian koronavirus Covid-19 apabila Kementerian Kesihatan (MoH) mengumumkan jumlah jangkitan hari ini, 11 Oktober sebanyak 323 berbanding 405 kes semalam.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang direkodkan setakat ini sebanyak 339,267 sementara jumlah kematian pula meningkat kepada 5,043 termasuk 25 lagi pesakit meninggal dunia.

Daripada jumlah kes baharu hari ini, Madinah merekodkan 64 kes diikuti Riyadh 27, Hafouf 21, Baljarshi 18 manakala Makkah lapan kes.

Sementara itu kes aktif juga menunjukkan penurunan dengan 8,894 kes di mana sebanyak 826 kritikal.

MoH juga melaporkan sebanyak 593 pesakit pulih sepenuhnya hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 325,330.

Related posts

Leave a Comment