477 kes baharu di Saudi

ARAB Saudi merekodkan 477 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 337,243. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 25 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah kumulatif 4,923 kematian. Kes aktif pula 9,708 di mana 932 kritikal. Sebanyak 557 pesakit dilaporkan pulih sepenuhnya yang menjadikan kes sembuh meningkat kepada 322,612 orang atau 95.66 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu, Madinah merekodkan kes tertinggi dengan 71 jangkitan diikuti Makkah 46, Hafouf 36, Yanbu 29 dan Riyadh 28.

Read More

4,056 kes baharu di Indonesia

INDONESIA merekodkan 4,056 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini 311,176. Berdasarkan data Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia sebanyak 140,305 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 121 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 11,374 orang. Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 80,979 kes, dengan tambahan 1,107 kes baharu. Data tersebut turut menunjukkan, Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian…

Read More

Tiada cadangan kenakan PKP

PUTRAJAYA: Ketika jumlah kes jangkitan Covid -19 terus meningkat, kerajaan  tidak bercadang untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau perintah berkurung di seluruh negara pada waktu ini, kata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin . Beliau berkata, sekiranya PKP dilaksanakan sekali lagi, ia akan membawa kesan besar yang dibimbangi akan meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara. Apa yang akan dilakukan kerajaan adalah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar di kawasan yang dikenal pasti mempunyai kes-kes Covid-19 yang tinggi. “Dengan ini, aktiviti ekonomi dan sosial di kawasan lain yang tidak terjejas boleh…

Read More

Dua lagi kluster baharu

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat dua kluster baharu dikenal pasti pada Selasa, 6 Oktober iaitu Kluster Batu di Taiping, Perak dan Kluster Ramai-Ramai di Sandakan, Sabah. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tujuh kes positif baharu dikesan di Kluster Batu manakala 20 individu disahkan positif daripada Kluster Ramai-Ramai. Kluster Batu dikenal pasti hasil saringan dalam kalangan kakitangan dan ahli keluarga sebuah kem tahanan. Hasil saringan mendapati sebanyak tujuh kes dikesan positif Covid-19 pada 5 Oktober 2020 dan mereka semua dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak.…

Read More

688 kes tempatan, 4 kematian

PUTRAJAYA : Kes baharu Covid-19 hari ini meningkat kepada 691 kes melibatkan 688 kes tempatan dan tiga kes import. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lebih separuh kes hari ini iaitu 394 dari Kluster Tembok, Kedah (penjara) dan 219 kes dari zon-zon merah di Sabah. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 13,504.manakala empat kematian juga dilaporkan yang membawa keseluruhan kes 141 orang meninggal dunia akibat Covid-19. Kes sembuh pula 87 yang membawa jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya 10,427 kes. • Kes kematian ke-138 (iaitu kes ke- 11154)…

Read More

Air pulih hingga 9 Okt.

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih telah beroperasi semula pagi ini dan pengguna terawal akan mula mendapat bekalan air pada pukul 12 tengah malam ini. Air bersih ini akan melalui ujian kualiti dan pematuhan berdasarkan standard Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum diagihkan kepada pengguna. Pemulihan sepenuhnya dibahagikan kepada tiga kumpulan utama di mana kumpulan pertama merangkumi 145 kawasan akan menerima bekalan air sepenuhnya pada pukul 6 petang, 7 Oktober 2020. Kumpulan kedua merangkumi 91 kawasan akan menerima bekalan air sepenuhnya pada pukul 6…

Read More

Lagi ADUN positif Covid-19

SEORANG lagi pemimpin politik didapati positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah pada 26 September lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Nor Hayati Bachok dari Amanah disahkan positif pada ujian kedua yang dilakukan pada 4 Oktober. Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) ADUN Maharani dalam satu kenyataan hari ini, berkata, Nor Hayati telah menjalani kuarantin kendiri sejak pulang dari Sabah hingga disahkan positif Covid-19. Dalam tempoh itu, PKWR ADUN Maharani berkata, beliau telah menjalani ujian saringan pertama iaitu pada 26 September, dengan keputusan negatif, sebelum ujian kedua yang dilakukan pada 4…

Read More

Sekatan perjalanan dari Sabah

MULAI 12 Oktober, kerajaan mengenakan sekatan perjalanan dari Sabah ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan setelah mengambil kira peningkatan kes Covid-19 di seluruh Sabah. kata  Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob Bagaimanapun, terdapat pengecualian khas diberikan kepada kes-kes tertentu yang melibatkan kes kecemasan, kematian, perkhidmatan perlu dan lain-lain yang perlu mendapat kebenaran dari Kementerian Kesihatan (KKM). “Mereka yang telah mendapat kebenaran juga perlu menjalani ujian saringan Covid-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan. Bagi pergerakan masuk ke Sabah, kebenaran diberikan kepada kategori seperti berikut: Rakyat Sabah…

Read More

Jom ratakan lengkung

KETUA Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah mengajak masyarajat bersama menghadapi transmisi skala besar Covid-19 di negara ini. “Kami mempunyai tiga senario, tiga model berbeza, dan semua memberikan output yang hampir serupa. “Graf ini adalah yang paling mudah untuk menggambarkan senario semasa kami. Jom kita pakat mai ratakan lengkung lagi,” katanya melalui catatan Facebooknya. Sebelum itu beliau dalam catatan lain bertanya di mana kita mahu berada, sama ada bersatu melawan musuh biasa atau terus menangis. “Di mana kita mahu berada kita perlu membuat keputusan sama ada untuk bersatu bersatu dan…

Read More

PRK Batu Sapi jadi tumpuan

SABAH sekali lagi menjadi tumpuan parti politik apabila pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi akan diadakan dalam tempoh 60 hari akan datang. Dewan Rakyat hari ini, 6 October mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka kerusi itu. Ia berikutan kematian penyandangnya Liew Vui Keong ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu pada kira-kira pukul 11.50 pagi, 2 Oktober. Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun memaklumkan bahawa SPR perlu mengisi kekosongan luar jangka kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari. “Selaras dengan Perkara 54 Fasal…

Read More