PRK Batu Sapi jadi tumpuan

SABAH sekali lagi menjadi tumpuan parti politik apabila pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi akan diadakan dalam tempoh 60 hari akan datang.

Dewan Rakyat hari ini, 6 October mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka kerusi itu.

Ia berikutan kematian penyandangnya Liew Vui Keong ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu pada kira-kira pukul 11.50 pagi, 2 Oktober.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun memaklumkan bahawa SPR perlu mengisi kekosongan luar jangka kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari.

“Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan luar jangka Kerusi Parlimen Kawasan P.185 Batu Sapi, Sabah dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR bahawa ada kekosongan,” katanya dalam satu kenyataan.

Liew, 60:yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) sebelum ini menerima rawatan akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Related posts

Leave a Comment