Air pulih hingga 9 Okt.

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih telah beroperasi semula pagi ini dan pengguna terawal akan mula mendapat bekalan air pada pukul 12 tengah malam ini.

Air bersih ini akan melalui ujian kualiti dan pematuhan berdasarkan standard Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum diagihkan kepada pengguna.

Pemulihan sepenuhnya dibahagikan kepada tiga kumpulan utama di mana kumpulan pertama merangkumi 145 kawasan akan menerima bekalan air sepenuhnya pada pukul 6 petang, 7 Oktober 2020.

Kumpulan kedua merangkumi 91 kawasan akan menerima bekalan air sepenuhnya pada pukul 6 petang, 8 Oktober manakala kumpulan ketiga merangkumi 38 kawasan akan menerima bekalan air sepenuhnya pada pukul 6 petang, 9 Oktober.

 Setakat ini, sebanyak 98 lori tangki air telah digerakkan ke premis-premis kritikal, sekolah-sekolah serta kawasan perumahan yang terjejas. Sebanyak 26 tangki statik, 11 stesen pengisian setempat, 9 Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan 13 pili awam juga disediakan untuk kemudahan para pengguna yang terjejas.

 Para pengguna disarankan untuk merujuk saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com untuk mendapatkan jadual pemulihan bekalan air.

 

Related posts

Leave a Comment