4,056 kes baharu di Indonesia

INDONESIA merekodkan 4,056 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini 311,176.

Berdasarkan data Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia sebanyak 140,305 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 121 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 11,374 orang.

Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 80,979 kes, dengan tambahan 1,107 kes baharu.

Data tersebut turut menunjukkan, Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,325 orang, diikuti Jakarta (1,802), Jawa Tengah (1,457) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Related posts

Leave a Comment