688 kes tempatan, 4 kematian

PUTRAJAYA : Kes baharu Covid-19 hari ini meningkat kepada 691 kes melibatkan 688 kes tempatan dan tiga kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lebih separuh kes hari ini iaitu 394 dari Kluster Tembok, Kedah (penjara) dan 219 kes dari zon-zon merah di Sabah.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 13,504.manakala empat kematian juga dilaporkan yang membawa keseluruhan kes 141 orang meninggal dunia akibat Covid-19.

Kes sembuh pula 87 yang membawa jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya 10,427 kes.

• Kes kematian ke-138 (iaitu kes ke- 11154) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun. Kes dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan pada 25 September 2020.  Saringan Covid-19 didapati positif pada 26 September 2020. Keadaan kes didapati merosot dan meninggal dunia pada 4 Oktober,  6.50 pagi.

• Kes kematian ke-139 (iaitu kes ke-12431) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun. Kes mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 September.  Saringan Covid-19 didapati positif pada 30 September. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober pukul 5.05 pagi.

• Kes kematian ke-140 (iaitu kes ke-12432) merupakan bayi lelaki warganegara Malaysia berumur 1 tahun. Kes dibawa mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 Oktober. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan. Saringan Covid-19 didapati positif pada 5 Oktober. Kes disahkan meninggal dunia pada 5 Oktober, 4.25 petang.

• Kes kematian ke-141 (iaitu kes ke-13067) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun. Kes mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit kesihatan mental. Kes ditemui tidak sedar diri pada 5 September, 7 pagi dan terus dibawa terus ke Hospital Pulau Pinang. Kes didapati tidak bernafas di Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia 5 September, 7.50 pagi. Saringan Covid-19 dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment