Filipina catat 314,079 kes

FILIPINA setakat pukul 4 petang, 1 Oktober 2020, merekodkan 2,415 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 314,079 kes. Kes aktif pula 54,294. Jabatan Kesihatan (DoH) juga melaporkan 59 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah kematian setakat ini 5,562 orang. Jumlah pesakit yang sembuh sepenuhnya meningkat kepada 254,223 termasuk 771 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini. Sementara itu, SINGAPURA merekodkan 19 kes baharu Covid-19 di mana 15 daripadanya adalah kes import dari Indonesia, Filipina, India dan Perancis yang turut melibatkan tiga warga Singapura. Turut terlibat, dua Penduduk Tetap (PR), dua…

Read More

492 kes baharu di Saudi

KEMENTERIAN Kesihatan (MoH) Arab Saudi merekodkan 492 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa jumlah keseluruhan kes 335,097. Daripada jumlah keseluruhan, kes aktif pula adalah sebanyak 10,557 dengan 993 kes kritikal. Pada masa yang sama sebanyak 26 kematian dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang meninggal dunia di Arab Saudi meningkat kepada 4,794. MoH juga mengumumkan 592 pesakit yang sembuh sepenuhnya dan ini membawa kepada 319,746 pesakit sembuh atau 95.41 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu, 55 kes baharu direkodkan di Madinah, 52 di Yanbu serta 39 kes…

Read More

D614G dari Indonesia, Filipina

PUTRAJAYA : Virus Covid-19 Kluster Benteng LD, Sabah yang dikesan mempunyai jenis mutasi D614G didapati datang dari Indonesia dan Filipina, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata berdasarkan kajian makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), meskipun kumpulan mutasi sama (D614G) dikesan bagi beberapa kluster di Kedah, kedua-duanya mempunyai ciri berbeza.  “Kita telah juga melaksanakan kajian strain virus di Sabah (Kluster Benteng LD) dan strain itu juga D614G (tetapi) datang dari Indonesia dan Filipina. Strain yang kumpulan sama (Kluster PUI Sivagangga, Kluster Tawar, Kluster Sungai, Kedah) tapi ciri-cirinya tidak…

Read More

Ciapan ‘mesra’ KP Kesihatan

PUTRAJAYA : Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan status yang dimuat naik di akaun Twitter mengenai saranan duduk di rumah bukan suatu perkara baharu yang disuarakannya. Tujuan ciapan berkenaan adalah bagi mengingatkan semua rakyat Malaysia supaya tinggal di rumah jika tiada urusan penting dalam situasi Covid-19 ketika ini. Bagaimanapun, katanya jika tetap mahu keluar, mereka diingatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. “Jadi perkara itu bukan perkara yang baharu iaitu ketika saya Tweet. Dari hari pertama lagi saya Tweet iaitu saya mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia yang tiada…

Read More

Kawalan rentas daerah Sabah

KAWALAN Rentas Daerah di seluruh Sabah akan berkuat kuasa pukul 12:01 tengah malam esok (3 Oktober) hingga 16 Oktober ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Beliau berkata, perkhidmatan perlu termasuk keperluan bekalan makanan, perubatan dan keselamatan dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah. Sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang menjalani atau akan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Labuan. Ismail Sabri berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar…

Read More

Empat kluster baharu

KEMENTERIAN Kesihatan mengumumkan empat kluster baharu Covid-19 yang direkodkan pada Khamis, 1 Oktober 2020. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu adalah di Selangor, Sabah, Putrajaya dan Kedah. KLUSTER JALAN MERU, SELANGOR Dikenal pasti di Klang, dengan kes indeks kluster iaitu kes ke-11,148 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 30 tahun. Kes mula bergejala sejak 24 September dan saringan Covid-19 mendapati dia positif pada 29 September sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan tiga lagi kes positif Cbagi dikenal pasti. Semua kes…

Read More

Naik mendadak, kedua tertinggi

PUTRAJAYA: Jumlah kes baharu positif Covid-19 naik mendadak hari ini apabila 260 kes direkodkan sekali gus merupakan jumlah kes baharu kedua tertinggi sejak Februari, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Pertambahan kes ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 11,484 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 meningkat kepada 1,334 kes. Daripada 260 kes yang direkodkan hari ini, hanya satu kes import yang direkodkan melibatkan bukan warganegara Malaysia dari United Kingdom. Sementara itu, daripada 259 kes penularan tempatan, 130 kes melibatkan warganegara Malaysia dan 129…

Read More

Marah, serius, sindiran, jenaka

MEMANG masanya sudah tiba bagi Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memberikan pedoman dan hala tuju jelas kepada semua ahli berkaitan kerjasama parti itu dengan saingan politiknya. Seperti kata Timbalan Presidennya, Mohamad Hasan, konsensus politik yang tegas harus dihasilkan untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati dan rasa marah ahli terhadap cara UMNO diperlakukan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Sebenarnya Zahid sendiri sedar apa yang berlaku sebelum ini tetapi disebabkan ‘kuasa autonomi’ terletak kepada Perhubungan UMNO Sabah, maka Zahid hormat pendirian itu tetapi hakikatnya ramai yang ‘terluka’ dengan tindak tanduk parti sebelah…

Read More

Komplot September 2020…

Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad (bebasnews.my)   ENTAH mengapa, apabila saya terbaca dakwaan DS Anwar Ibrahim bahawa beliau telah mendapat majoriti bilangan ahli Parlimen yang menyokongnya untuk menubuhkan kerajaan baru dan menunggu untuk menghadap DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di masa terdekat, saya tidak fikir peralihan kuasa akan berlaku. Jika dakwaannya benar pun, saya harap, malah percaya, YDPA akan membubarkan Parlimen dan PRU15 akan diadakan. Apabila terbaca pula berita YDPA masuk IJN dan tidak akan menerima sesiapa menghadap, saya fikir tentu akan ada ahli-ahli Parlimen, terutama sekali yang dikatakan…

Read More

Jom berjalan

HANYA 30 minit yang diperlukan dalam sehari untuk anda kekalkan kesihatan tubuh badan melalui senaman berjalan. Senaman ini nampak mudah, tapi ia sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan jantung selain mengurangkan berat badan. Jadi, petang ni kalau cuaca cerah, ambillah peluang berjalan di sekeliling kawasan rumah ataupun taman ya! Jangan lupa patuhi SOP ketika berada di luar rumah. #WorldHeartDay2020

Read More