Empat kluster baharu

KEMENTERIAN Kesihatan mengumumkan empat kluster baharu Covid-19 yang direkodkan pada Khamis, 1 Oktober 2020.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu adalah di Selangor, Sabah, Putrajaya dan Kedah.

KLUSTER JALAN MERU, SELANGOR
Dikenal pasti di Klang, dengan kes indeks kluster iaitu kes ke-11,148 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 30 tahun.

Kes mula bergejala sejak 24 September dan saringan Covid-19 mendapati dia positif pada 29 September sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan tiga lagi kes positif Cbagi dikenal pasti. Semua kes melibatkan warganegara Malaysia dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

KLUSTER JOO HWA, SABAH
Kluster ini dikenal pasti di Tawau, dengan kes indeks iaitu kes ke-10,273 adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 31 tahun. Kes mula bergejala demam dan batuk sejak 14 September sebelum disahkan positif pada 20 September.

Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan empat lagi kes positif bagi Kluster Joo Hwa dikenal pasti. Semua kes melibatkan warganegara Malaysia.

Mereka dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan. Sehingga 1 Oktober, seramai 126 individu disaring dan punca jangkitan masih dalam siasatan.

Keputusan saringan adalah lima dikesan positif Covid-19; 11 individu dikesan negatif dan 110 masih menunggu keputusan.

KLUSTER SELASIH, PUTRAJAYA

Dikenal pasti di Putrajaya, dengan kes indeks iaitu kes ke-11,134 adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Kota Kinabalu, Melangkap dan Kundasang, Sabah pada 13 hingga 20 September dan 24 hingga 27 September.

Kes mula bergejala demam dan batuk sejak 25 September. Kes tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 27 September dan disahkan positif pada 28 September.

Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan enam lagi kes positif bagi Kluster Selasih dikenal pasti. Enam kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Sehingga 1 Oktober 2020, seramai 28 individu telah disaring dan punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

Keputusan saringan adalah, tujuh dikesan positif Covid-19; lapan dikesan negatif, 13 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER BAH KETIL, KEDAH
Kluster ini dikenal pasti di daerah Baling dan Langkawi, Kedah, dengan kes indeks iaitu kes ke-11,129 adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 39 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Tawau, Sabah pada 17 hingga 21 September.

Kes bergejala batuk dan sakit otot bermula pada 24 September dan mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Sungai Petani, Kedah. Kes indeks disahkan positif pada 28 September.

Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan lapan lagi kes positif Covid-19 bagi Kluster Bah Ketil dikenal pasti.

Tiga kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Langkawi, Kedah untuk rawatan.

Sehingga 1 Oktober 2020, seramai 252 individu disaring dan punca jangkitan masih dalam siasatan.

Keputusan saringan adalah, sembilan dikesan positif Covid-19; 203 dikesan negatif

dan 40 individu masih menunggu keputusan.

Related posts

Leave a Comment