FILIPINA setakat pukul 4 petang, 1 Oktober 2020, merekodkan 2,415 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 314,079 kes. Kes aktif pula 54,294.
Jabatan Kesihatan (DoH) juga melaporkan 59 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah kematian setakat ini 5,562 orang.
Jumlah pesakit yang sembuh sepenuhnya meningkat kepada 254,223 termasuk 771 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini.
Sementara itu, SINGAPURA merekodkan 19 kes baharu Covid-19 di mana 15 daripadanya adalah kes import dari Indonesia, Filipina, India dan Perancis yang turut melibatkan tiga warga Singapura.
Turut terlibat, dua Penduduk Tetap (PR), dua pemegang pas kerja, seorang pemegang permit kerja, dua pemegang pas pelajar, seorang pemegang pas lawatan jangka pendek dan empat pemegang pas khas.
Tiga kes melibatkan warga tempatan dan PR ini kembali ke Singapura dari Indonesia dan India.
Sementara itu, 24 kes dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat manakala 44 kes masih di hospital.