Kes turun di Arab Saudi

JUMLAH kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi terus mencatatkan penurunan apabila 403 kes direkodkan, angka lebih rendah berbanding sebelum ini. Menurut Kementerian Kesihatan, penurunan kes berlaku hampir setiap hari sejak pertengahan Jun lalu di mana ia boleh mencecah sehingga 5,000 kes Bagaimanapun, jumlah kes terus menyumbang kepada peningkatan kes keseluruhan di Arab Saudi yang menyaksikan jumlahnya kini 333,193 kes. Pada masa yang sama 28 lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,683 kes. Daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 43 kes dilaporkan di Jeddah dan Madinah, 32 kes…

Read More

Pantau ketibaan dari Sabah

KEMENTERIAN Kesihatan menambah kakitangan di KLIA dan KLIA2 untuk melancarkan proses ujian saringan kepada semua pengembara dari Sabah yang tiba di Pintu Masuk Antarabangsa dan domestik. Peraturan baharu itu bermula hari ini 27 September dan mereka dipakaikan gelang kuarantin dan diwajibkan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) Bermula hari ini, sehingga 10 Oktober, semua individu yang baru tiba dari Sabah wajib menjalani  saringan di pintu masuk antarabangsa (PMA). Saringan itu dibuat kerana terdapat keperluan untuk melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 ke atas individu dengan sejarah perjalanan dari Sabah bagi memantau risiko…

Read More

Spekulasi siapa KM Sabah

PELBAGAI kemungkinan boleh berlaku di Sabah selagi Ketua Menteri Sabah yang baharu tidak dilantik selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 semalam.  Semua pemimpin utama parti GRS telah pun mengadakan pertemuan selama lebih sejam dengan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin Mereka adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Hajiji Noor, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Dr Jeffrey Kitingan dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah Jahid Jahim. Yang Dipertua Negeri…

Read More

Dua kluster baharu Sabah, 1 KL

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengesan tiga kluster baharu iaitu  Kluster Buang Sayang dan Kluster Kg Sakong di Sabah dan Kluster Setapak di Kuala Lumpur. Ketua Pengarah Kesihatan  Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Buang Sayang dikesan di Sipitang, Sabah, dengan kes indeks (kes ke-10265) mempunyai sejarah perjalanan ke Sipitang dari 7 hingga 20 September . Kes mula mengalami gejala demam, selesema dan sakit tekak pada 19 September dan kemudiannya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan. Saringan Covid-19 didapati positif pada 20 September dan kes  dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah.   Susulan…

Read More

Lonjakan 150 kes, satu maut

PUTRAJAYA : Kes baharu Covid-19 kembali mencatat tiga angka iaitu 150 kes, dengan satu kematian direkod dalam tempoh 24 jam lepas, kataKetua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Kes baharu merangkumi 146 kes tempatan terdiri daripada 124 warga Malaysia, manakala 22 kes lagi bukan warganegara.  Sabah terus merupakan negeri yang mencatat kes iaitu 124 kes; diikuti Selangor 10 ; empat di Pahang; tiga di Kuala Lumpur; dua di Johor dan Sarawak; manakala satu di Melaka. Di Sabah, 58 kes daripada Kluster Benteng Lahad Datu (LD) melibatkan 55 warganegara dan tiga bukan warganegara, 20 kes Kluster Bangau-Bangau melibatkan 12 warganegara dan lapan bukan…

Read More

275 hilang wang deposit

SERAMAI 275 daripada 447 calon yang bertanding pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah  hilang wang deposit apabila gagal memperoleh satu per lapan atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.  Seramai 172 calon lain kalah tetapi tidak hilang deposit.  DUN Bengkoka yang menyaksikan pertandingan 11 penjuru adalah kawasan paling ramai calon yang hilang deposit apabila lapan calon memperoleh kurang daripada satu per lapan daripada undian keseluruhan. Calon yang hilang deposit ialah Jose Modsinupu (Parti Cinta Sabah (PCS)), Samuil Mopun (Parti Bersatu Sabah(PBS)), Sotijin Juhui (Parti  Gagasan  Rakyat Sabah(Gagasan)), Rita Cham (Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS)),…

Read More

Anifah, Pandikar Amin tewas

BEBERAPA nama besar dalam arena politik negeri dan negara yang mencuba nasib bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Mereka termasuklah Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Anifah Aman di DUN Bongawan, Ketua Umum USNO Pandikar Amin Mulia di DUN Pintasan, Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau (DUN Kiulu ) dan bekas Ketua Menteri Chong Kah Kiat yang juga Penasihat Parti Liberal Demokratik (LDP) di DUN Inanam. Anifah yang menghadapi pertandingan empat penjuru memperoleh 3,598 undi berbanding calon Warisan yang menang dengan memperoleh 5,400 undi. Pandikar Amin pula menghadapi…

Read More

GRS menang majoriti mudah

GABUNGAN Rakyat Sabah (GRS) memperoleh kemenangan dengan majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16. Majoriti mudah 38 kerusi itu diperoleh hasil kemenangan parti gabungan tersebut membabitkan Perikatan Nasional di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Barisan Nasional (14 kerusi) dan Parti Bersatu Sabah (tujuh kerusi). Warisan menang di 29 kerusi, PKR (dua kerusi), Bebas (tiga kerusi) manakala UPKO (satu kerusi). Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Abdul Ghani Salleh mengumumkan keputusan penuh itu dalam sidang akhbarnya di Kota Kinabalu pada pukul 12.30 malam.

Read More

Mohammadin Ketapi menang

PENCETUS kontroversi isu pencerobohan Lahad Datu, Mohamaddin Ketapi berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Calon Warisan itu dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16. Menurut keputusan rasmi dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini, Mohamaddin, bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, mendapat 4,864 undi menewaskan tujuh pencabar yang lain dengan majoriti 2,168 undi. Sebelum ini, Mohamaddin dilapor berkata pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada 2013 adalah sandiwara. 1 MOHD BASARI BIN ABDUL GAPAR GAGASAN 135 2 KAMIS BIN BURHAN BEBAS 510 3 KAMARUDIN BIN MOHMAD CHINKI…

Read More