Anifah, Pandikar Amin tewas

BEBERAPA nama besar dalam arena politik negeri dan negara yang mencuba nasib bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Mereka termasuklah Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Anifah Aman di DUN Bongawan, Ketua Umum USNO Pandikar Amin Mulia di DUN Pintasan, Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau (DUN Kiulu ) dan bekas Ketua Menteri Chong Kah Kiat yang juga Penasihat Parti Liberal Demokratik (LDP) di DUN Inanam.

Anifah yang menghadapi pertandingan empat penjuru memperoleh 3,598 undi berbanding calon Warisan yang menang dengan memperoleh 5,400 undi.

Pandikar Amin pula menghadapi pertandingan enam penjuru dan jumlah undi diperolehnya 2,660 berbanding calon PN 2744.

Wilfred Madius Tangau pula menghadapi pertandingan enam penjuru di mana beliau memperoleh 2,786 undi berbanding calon PBS 4,007.

Chong Kah Kiat pula berdepan 10 penjuru di mana beliau memperoleh 1,606 sementara calon PKR memperoleh 8,586.

Beberapa nama lain yang turut menjadi tumpuan tetapi menang adalah Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Sabah (STAR) Dr Jeffrey Kitingan yang bertanding di bawah logo PN di DUN Tambunan menang dengan jumlah undi 8,691.

Begitu juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dr Salleh Said Keruak yang memenangi kerusi Usukan atas tiket BN.

Related posts

Leave a Comment