Kes turun di Arab Saudi

JUMLAH kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi terus mencatatkan penurunan apabila 403 kes direkodkan, angka lebih rendah berbanding sebelum ini.

Menurut Kementerian Kesihatan, penurunan kes berlaku hampir setiap hari sejak pertengahan Jun lalu di mana ia boleh mencecah sehingga 5,000 kes

Bagaimanapun, jumlah kes terus menyumbang kepada peningkatan kes keseluruhan di Arab Saudi yang menyaksikan jumlahnya kini 333,193 kes.

Pada masa yang sama 28 lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,683 kes.

Daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 43 kes dilaporkan di Jeddah dan Madinah, 32 kes di Makkah dan Hufof diikuti Riyadh 29 kes.

Sementara itu, 600 kes dilaporkan sembuh sepenuhnya menjadikan jumlah pulih sebanyak 317,005 atau mencecah 95.14 peratus daripada kes keseluruhan.

Related posts

Leave a Comment