Arab Saudi catat 492 kes

ARAB Saudi merekodkan 492 kes baharu koronavirus Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes kini mencecah 330,246. Kementerian Kesihatan juga merekodkan 1,060 lagi pesakit sembuh menjadikan sebanyak 311,499 orang pesakit pulih. Jumlah kematian pula meningkat kepada 4,512 kes termasuk 27 lagi pesakit meninggal dunia seperti direkodkan hari ini. Sementara itu Makkah merekodkan 58 kes, jumlah tertinggi berbanding bandar lain diikuti Jeddah 53, Madinah 38, Riyadh 32, Hufof 31 idan Dammam 20 .

Read More

Filipina catat 290,190 kes

FILIPINA setakat pukul 4 petang ini merekodkan 3,475 kes baharu yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes sebanyak 290,190 kes. Jabatan Kesihatan (DoH) juga melaporkan, sebanyak 54,958 adalah kes aktif manakala 15 kematian juga dilaporkan menjadikan 4,999 meninggal dunia. Di samping itu, DOH juga mengumumkan 400 kes pesakit sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 230,233. INDONESIA merekodkan 4,176 kes positif baharu yang membawa jumlah keseluruhan meningkat kepada 248,852 kes dengan 108,880 pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini (21 September) 124…

Read More

Kluster Kuarters di Tongod

SATU kluster baharu dilaporkan di Tongod, Sandakan, Sabah hasil saringan yang dijalankan di sekitar Daerah Tongod susulan saringan Covid-19 melibatkan seorang petugas kesihatan yang didapati positif ujian saringan RTK Antigen pada 4 September 2020. Beliau telah disaring sebagai saringan rujukan ke hospital. Namun, ujian pengesahan Covid-19 ke atas beliau (iaitu rt-PCR) didapati negatif. Saringan di sekitar Daerah Tongod yang bermula pada 6 September 2020 telah melibatkan masyarakat setempat termasuk petugas kesihatan Klinik Kesihatan tersebut. Lima kes positif Covid-19 dikenalpasti setakat ini. Kesemua kes positif (iaitu kes ke-10253 hingga ke-10257) dalam…

Read More

51 tempatan, enam import

PUTRAJAYA : Sebanyak 57 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 10,276, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah itu, sebanyak 51 kes merupakan penularan tempatan membabitkan 45 warganegara dan enam bukan warganegara, manakala enam lagi adalah kes import membabitkan seorang rakyat tempatan dan lima bukan warga negara. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 751 kes. Beliau memberitahu, Sabah turut mencatat kes tertinggi dengan 49 kes antaranya Kluster Pulau (14) dan Kluster Selamat (12). Katanya, terdapat sembilan kes di unit rawatan rapi (ICU)…

Read More

269 dikompaun, 24 direman

PUTRAJAYA : Masih ramai rakyat Malaysia yang berdegil dan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP yang memasuki hari ke-104 termasuk terlibat dalam aktiviti kelab malam. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 293 individu ditahan semalam kerana ingkar arahan dengan 124 daripadanya  terbabit dalam aktiviti kelab malam. Seramai 85 lagi tidak mengamalkan penjarakan fizikal, 31 orang gagal menyediakan peralatan atau rekod butiran diri, 24 individu tidak memakai pelitup muka, 10 didapati menjalankan operasi premis lebih masa, sembilan tangkapan pendatang tanpa izin dan enam ditahan kerana premis beroperasi tanpa kebenaran.  Dua individu lagi didapati keluar rumah tanpa alasan…

Read More

Taj Mahal, Agra Fort dibuka

MULAI hari ini, 21 September, Taj Mahal dan Agra Fort dibuka semula kepada pelawat setelah ditutup selama enam bulan berikutan lockdown seluruh India berikutan pandemik Covid-19 mulai Mac lalu. Bagaimana pun menurut website rasmi Taj Mahal,, buat masa ini hanya 5,000 orang pelawat dibenarkan mengunjungi bangunan bersejarah itu setiap hari termasuk 2,500 sebelum pukul 2 petang. Pengunjung juga perlu mematuhi syarat-syarat ketat menurut Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk penjarakan fizikal, menggunakan hand sanitizer, memakain pelitup muka dan pembelian tiket secara on-line. Taj Mahal bangunan ikonik yang dibina pada kurun ke-17…

Read More

Sotong dicemari virus?

MEMBIMBANGKAN jika benar virus Covid-19 boleh tersebar melalui makanan. Ini berikutan  pihak berkuasa kesihatan menemui virus SARS-CoV-2 punca penyakit Covid-19 pada bungkusan sotong import di wilayah Jilin, timur laut China. Salah satu bungkusan itu tiba di bandar berkenaan melalui wilayah Changchun dan berikutan itu pihak berkuasa kesihatan bandar Fuyu menggesa mereka yang membelinya untuk menjalani ujian saringan Covid-19. Orang ramai yang membeli dan menjamah sotong yang diimport di kedai borong makanan laut beku Sanjia Deda pada 24 hingga 31 Ogos diminta untuk melaporkan kepada pihak berkuasa terdekat dan menjalani ujian…

Read More

Bekas MB meninggal dunia

BEKAS Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad meninggal dunia kira-kira pukul 6.20 pagi ini (21 September 2020) di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur. Berita kematian Menteri Besar Terengganu ke-10 itu dimaklumkan oleh anak arwah, Wan Abdul Hakim yang juga bekas ADUN Air Putih. Melalui laman sosial Facebook, Wan Abdul Hakim memuat naik berita sedih itu. ” Assalamualaikum…innalillahiwainalillahirojiun. Ayah saya, Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad selamat kembali ke Rahmatullah pada jam 6.20 pagi tadi di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur. “Mohon doakan keampunan Allah pada…

Read More

Situasi ‘hempap’ berbeza

SEBUAH kereta yang dipandu seorang lelaki remuk di bahagian bumbung belakang selepas disyaki dirempuh sebuah kenderaan yang membawa kren di kawasan pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) di Taman Leng Seng, Cheras, malam tadi (20 September 2020). Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata, laporan awal pegawai penyiasat di tempat kejadian tidak menemui sebarang objek yang disyaki menghempap kenderaan terbabit.  “Bagaimanapun siasatan masih diteruskan,” katanya kepada Bernama. Sebelum itu, tular di media sosial bahawa kejadian itu berkaitan dengan pembinaan lebuh raya SUKE. Dakwaan itu menyusul kejadian pertama kelmarin.…

Read More