Arab Saudi catat 492 kes

ARAB Saudi merekodkan 492 kes baharu koronavirus Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes kini mencecah 330,246.

Kementerian Kesihatan juga merekodkan 1,060 lagi pesakit sembuh menjadikan sebanyak 311,499 orang pesakit pulih.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 4,512 kes termasuk 27 lagi pesakit meninggal dunia seperti direkodkan hari ini.

Sementara itu Makkah merekodkan 58 kes, jumlah tertinggi berbanding bandar lain diikuti Jeddah 53, Madinah 38, Riyadh 32, Hufof 31 idan Dammam 20 .

Related posts

Leave a Comment