Bekas MB meninggal dunia

BEKAS Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad meninggal dunia kira-kira pukul 6.20 pagi ini (21 September 2020) di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

Berita kematian Menteri Besar Terengganu ke-10 itu dimaklumkan oleh anak arwah, Wan Abdul Hakim yang juga bekas ADUN Air Putih.

Melalui laman sosial Facebook, Wan Abdul Hakim memuat naik berita sedih itu.

” Assalamualaikum…innalillahiwainalillahirojiun. Ayah saya, Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad selamat kembali ke Rahmatullah pada jam 6.20 pagi tadi di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

“Mohon doakan keampunan Allah pada beliau, dipermudahkan perjalanan di alam barzah dan mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti.

“Mohon maafkan segala dosa-dosa beliau, halalkan makan minum dan tuntutlah pada keluarga sekiranya beliau ada hutang dengan tuan-tuan dan puan-puan.”

Dalam hantaran seterusnya, Wan Hakim memaklumkan jenazah ayahnya akan dikebumikan selepas solat Zuhur hari ini.

“InsyaAllah jenazah arwah ayah saya akan disembahyangkan di Masjid Bukit Jelutong selepas sembahyang Zohor dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam selepas itu.”

Bekas ADUN Chukai itu mula dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu pada September 1974 dan menyandang jawatan itu selama 25 tahun.

Related posts

Leave a Comment