Taj Mahal, Agra Fort dibuka

MULAI hari ini, 21 September, Taj Mahal dan Agra Fort dibuka semula kepada pelawat setelah ditutup selama enam bulan berikutan lockdown seluruh India berikutan pandemik Covid-19 mulai Mac lalu.

Bagaimana pun menurut website rasmi Taj Mahal,, buat masa ini hanya 5,000 orang pelawat dibenarkan mengunjungi bangunan bersejarah itu setiap hari termasuk 2,500 sebelum pukul 2 petang.

Pengunjung juga perlu mematuhi syarat-syarat ketat menurut Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk penjarakan fizikal, menggunakan hand sanitizer, memakain pelitup muka dan pembelian tiket secara on-line.

Taj Mahal bangunan ikonik yang dibina pada kurun ke-17 itu dibuat daripada batu mar-mar oleh Maharaja Shah Jahan bagi menempatkan makam permaisurinya, Mumtaz Mahal.

Sebelum ini bangunan itu pernah ditutup semasa bandar raya Agra dilanda banjir pada 1978 dan beberapa hari pada 1971 ketika perang di antara India dan Pakistan.

Sementara itu Agra Fort pula menetapkan 2,500 pelawat sehari .

Related posts

Leave a Comment