51 tempatan, enam import

PUTRAJAYA : Sebanyak 57 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 10,276, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu, sebanyak 51 kes merupakan penularan tempatan membabitkan 45 warganegara dan enam bukan warganegara, manakala enam lagi adalah kes import membabitkan seorang rakyat tempatan dan lima bukan warga negara.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 751 kes.

Beliau memberitahu, Sabah turut mencatat kes tertinggi dengan 49 kes antaranya Kluster Pulau (14) dan Kluster Selamat (12).

Katanya, terdapat sembilan kes di unit rawatan rapi (ICU) dan dua lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kematian direkodkan sekali gus menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 kekal sebanyak 130 kes.

Kementerian juga mengesan satu lagi kluster baharu Covid-19 di Tongod, Sandakan, Sabah iaitu Kluster Kuarters.

Related posts

Leave a Comment