Kluster Kuarters di Tongod

SATU kluster baharu dilaporkan di Tongod, Sandakan, Sabah hasil saringan yang dijalankan di sekitar Daerah Tongod susulan saringan Covid-19 melibatkan seorang petugas kesihatan yang didapati positif ujian saringan RTK Antigen pada 4 September 2020.

Beliau telah disaring sebagai saringan rujukan ke hospital. Namun, ujian pengesahan Covid-19 ke atas beliau (iaitu rt-PCR) didapati negatif.

Saringan di sekitar Daerah Tongod yang bermula pada 6 September 2020 telah melibatkan masyarakat setempat termasuk petugas kesihatan Klinik Kesihatan tersebut. Lima kes positif Covid-19 dikenalpasti setakat ini. Kesemua kes positif (iaitu kes ke-10253 hingga ke-10257) dalam kluster ini merupakan warganegara.

Mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk rawatan.

Sehingga 21 September 2020, 12 tengah hari, sejumlah 117 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah lima dikesan positif Covid-19; dan 112 masih menunggu keputusan.

Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di Klinik Kesihatan Tongod.

Semua pesakit yang mempunyai temujanji di klinik tersebut telah dirujuk ke Klinik Kesihatan yang berdekatan. Punca jangkitan masih dalam siasatan. Perkhidmatan kesihatan di Klinik Kesihatan Tongod akan bermula semula setelah aktiviti nyah kuman dan proses pembersihan tamat.

Related posts

Leave a Comment