Filipina catat 290,190 kes

FILIPINA setakat pukul 4 petang ini merekodkan 3,475 kes baharu yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes sebanyak 290,190 kes.

Jabatan Kesihatan (DoH) juga melaporkan, sebanyak 54,958 adalah kes aktif manakala 15 kematian juga dilaporkan menjadikan 4,999 meninggal dunia.

Di samping itu, DOH juga mengumumkan 400 kes pesakit sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 230,233.

INDONESIA merekodkan 4,176 kes positif baharu yang membawa jumlah keseluruhan meningkat kepada 248,852 kes dengan 108,880 pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini (21 September) 124 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kumulatif 9,677 orang.

Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi dengan 63,318 kes setelah 1,352 kes baharu dilaporkan manakala Jawa Timur mencatatkan kes kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,990 orang.

Sementara itu, Menteri Agama Facrul Razi, menjadi menteri ketiga Indonesia yang disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian swab pada 17 September lepas.

Pada 14 Mac lepas, Menteri Perhubungan Indonesia Budi Karya Sumadi disahkan positif namun sembuh selepas menerima rawatan intensif di Rumah Sakit Pusat Angkatan Tentera Darat (RSPAD) Gatot Soebroto di Jakarta.

Pada 8 September , Menteri Kelautan dan Perikanan Edhy Prabowo turut disahkan positif virus itu dan kini dilaporkan semakin sembuh.

SINGAPURA mengesahkan 31 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam termasuk sembilan kes import. Tiada kes dalam komuniti dilaporkan.

Dengan perkembangan itu, jumlah keseluruhan jangkitan mencecah 57,607.

Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat Ahad, Kementerian Kesihatan (MoH) mengklasifikasikan 1,015 kes sebagai kes import, 2,244 kes komuniti dan 54,317 kes melibatkan penghuni asrama.

Sebanyak 57,181 kes pulih sepenuhnya manakala 30 masih di hospital .Sementara itu, 338 pesakit yang bergejala ringan atau secara klinikalnya sihat tetapi masih positif dalam saringan Covid-19 telah diasingkan. Setakat ini,

Sementara itu THAILAND tidak melaporkan sebarang kes baharu. Jumlah kes setakat ini adalah 3,506 dan 59 kematian sementara 3,342 kes sembuh.

Related posts

Leave a Comment