Makkah catat 88 kes

ARAB Saudi merekodkan 621 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 327,551. Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 672 semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 31 kematian juga dilaporkan yang membawa kepada jumlah kematian setakat ini 4,369.

Kes aktif pula 17,178 di mana 1,238 kritikal.

Di samping itu, jumlah kes pulih yang direkodkan hari ini adalah 982 dan secara keseluruhan  kes sembuh adalah 306,004.

Sementara itu Makkah masih mendahului kes jangkitan harian dengan 88 kes yang menunjukkan peningkatan berbanding 62 semalam diikuti Jeddah 58, Riyadh 41, Hufof 37, Dammam 36, Madinah 34, Yanbu 33, dan 26 di Al-Mobarraz.

Related posts

Leave a Comment