Day: July 14, 2026
UAE dakwa kapalnya diserang Iran
ABU DHABI – Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mendakwa dua kapal tangki minyak gergasi miliknya menjadi sasaran serangan peluru berpandu kruis Iran di perairan Oman berhampiran Selat Hormuz. Kementerian Pertahanan UAE dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa! serangan itu mengorbankan seorang anak kapal warga India dan mencederakan lapan yang lain. Kapal tangki minyak kategori ‘Very Large Crude Carrier (VLCC)’, iaitu Mombasa B (IMO 9739501) dan Al Bahyah (IMO 9937799), terkena serangan dua peluru berpandu kruis yang dilancarkan oleh Iran ketika berada di laluan perkapalan strategik tersebut. Menurut kementerian itu, seorang kru warga…
Read MoreAS penjaga ‘Selat Hormuz’
HAMILTON – Washington akan menguatkuasakan semula “sekatan ke atas Iran” selain mencadangkan caj sebanyak 20 peratus ke atas semua kargo yang melalui Selat Hormuz sebagai balasan kepada perlindungan keselamatan yang diberikan Amerika Syarikat (AS) di laluan itu. Presiden Donald Trump, berkata Selat Hormuz dibuka dan akan terus dibuka, sama ada dengan atau tanpa Iran, dan AS akan menyediakan perlindungan keselamatan di laluan perairan itu dan mendapatkan bayaran balik daripada pengendali kargo. “Kami menguatkuasakan semula sekatan ke atas sekatan Iran , yang dinamakan sedemikian kerana ia hanya menghalang kapal Iran atau…
Read More