10 kes import dari 5 negara

THAILAND merekodkan 10 kes baharu Covid-19, kesemuanya kes import dari lima negara dan melibatkan enam warga Thailand serta empat warga asing. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 3,490 kes. Mereka yang terlibat tiba dari Ethiopia (1 pramugari) India (2 warga Thai), Indonesia (2 lelaki Thai), Myanmar (1 wanita Myanmar) dan Yemen (4 pelajar). Kesemua mereka menjalani kuarantin sejurus tiba di Bangkok. Daripada 3,490 kes, sebanyak 3,316 atau 95 peratus dilaporkan sembuh sementara  116 masih di hospital. Jumlah kematian kekal…

Read More

Imbasan : Saiz baharu MM

MINGGUAN Malaysia, akhbar No. 1 berubah wajah daripada saiz besar kepada saiz kompak atau tabloid mulai hari Ini 16 September 2018. Ini adalah wajah besar terakhir Mingguan Malaysia keluaran 9 September 2018. Sejak dilahirkan dan menjalani proses kedewasaan, ‘Besar’ tidak banyak berubah kecuali pada ‘kepala atau masthead yang mengalami pelbagai perubahan. Contohnya pada 1973, 1982, 1998, 1991, 1993, 2006 dan 2008. Begitu juga slogan atau motto. Kini wajah ‘Besar’ benar-benar berubah. Beberapa kali ‘Besar’ cuba dipertahankan. Ketika rakan-rakannya BH dan NST berubah bentuknya, UM mereka bentuk supaya dipandang besar tetapi…

Read More

Makkah catat 88 kes

ARAB Saudi merekodkan 621 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 327,551. Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 672 semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 31 kematian juga dilaporkan yang membawa kepada jumlah kematian setakat ini 4,369. Kes aktif pula 17,178 di mana 1,238 kritikal. Di samping itu, jumlah kes pulih yang direkodkan hari ini adalah 982 dan secara keseluruhan  kes sembuh adalah 306,004. Sementara itu Makkah masih mendahului kes jangkitan harian dengan 88 kes yang menunjukkan peningkatan berbanding 62 semalam diikuti Jeddah 58, Riyadh 41, Hufof 37, Dammam…

Read More

Kes jangkitan kini 10,031

PUTRAJAYA: Sebanyak 62 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia hari ini mencecah lima angka iaitu 10,031 kes,  kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 668 kes. Daripada kes baharu itu, 61 kes mendapat jangkitan dalam negara membabitkan 41 warganegara dan 20 bukan warganegara manakala satu kes import melibatkan seorang warganegara yang pulang dari India. Sebanyak 59 kes baharu adalah di Sabah melibatkan 48 kes daripada Kluster Benteng LD termasuk 20 bukan warganegara. Dalam kenyataan akhbar mengenai situasi semasa…

Read More

Star turut kurangkan pekerja

SEBUAH lagi syarikat media, Kumpulan Media Star akan melaksanakan pemberhentian pekerja untuk memenuhi sasaran pengurangan kos kakitangannya. Difahamkan pemberhentian yang akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini akan menggunakan kaedah ‘Last-In-First-Out’. (LIFO). Langkah itu dipercayai terpaksa dilakukan disebabkan oleh masalah yang dihadapi oleh kebanyakan syarikat media terutamanya peralihan ke elemen digital serta kesan jangka panjang penularan pandemik Covid-19. “Mutual Separation Scheme (MSS) yang dilakukan sebelum ini tidak mengurangkan jumlah pekerja seperti yang diharapkan untuk membantu syarikat. Oleh yang demikian syarikat terpaksa melakukan pemberhentian pekerja untuk memenuhi sasaran pengurangan pekerja,” kata…

Read More