Thailand catat lima kes baharu

SINGAPURA mencatat 42 kes kes baharu jangkitan Covid-19 dengan 11 daripadanya adalah kes import. Hanya ada satu kes dalam komuniti, melibatkan warga Singapura sementara majoriti kes adalah daripada pekerja warga asing yang sedang dikuarantin. Jumlah keseluruhan jangkitan kini mencecah 55,395. Dalam data lengkap yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH) semalam,  kira-kira 22,500 pekerja masih berada dalam tempoh kuarantin.  Singapura mengklasifikasikan 763 kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,195 kes komuniti dan 52,395 kes merupakan penghuni asrama. Sejumlah 50,128 pesakit atau kira-kira 90 peratus daripada jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan…

Read More

293,037 kes : 257,269 pulih

ARAB Saudi pada Rabu, 12 Ogos merekodkan 1,569 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara itu meningkat kepada 293,037. Jurucakap Kementerian Kesihatan (MOH) juga mengumumkan sebanyak 2,151 pesakit yang disahkan positif sembuh menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 257,269. Pada masa yang sama MOH melaporkan 36 lagi kematian yang menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 3,269. Kes aktif pula 32,499 di mana 1,826 kritikal. Sementara itu daripada 1,569 kes baharu yang dilaporkan, 78 kes direkodkan di Riyadh, Hail 75, Makkah 68, Jeddah…

Read More

Peguam calon Pejuang di Slim

PEJUANG, parti baharu yang ditubuhkan Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad menamakan seorang peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. Amir Khusyairi akan bertanding sebagai calon Bebas memandangkan parti baharu yang namanya diumumkan hari ini masih belum didaftarkan secara rasmi. Dalam majlis pengumuman calon pada malam ini (12 Ogos), Dr Mahathir turut menyerahkan Watikah Pelantikan kepada peguam itu. Karier Amir Khushairi sebagai peguam bela, peguam cara dan peguam syariah bermula pada 2007 dan kini mempunyai dua firma guaman di Perak…

Read More

Zaidi calon BN PRK DUN Slim

PEMANGKU Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini. Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad dalam sidang media di Dewan Rajawali, Felda Residence Trolak, Perak, hari ini. Mohd Zaidi, 43, berkata, beliau akan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan DUN Slim apabila dipilih kelak. “Saya mohon semua pihak bersama menggembleng tenaga dan usaha membantu kemenangan BN,” katanya ketika berucap selepas pengumuman tersebut. Sorang usahawan, Mohd…

Read More

11 kes : 3 tempatan, 8 import

PUTRAJAYA: Sebanyak 11 kes positif baharu Covid-19 –  tiga kes penularan dalam negara dan lapan kes import dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak berkenaan setakat ini sebanyak 9,114 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes penularan dalam negara membabitkan dua rakyat Malaysia yang dikesan melalui saringan bergejala di sebuah pusat perubatan di Kedah manakala satu lagi melibatkan warga asing yang dikesan melalui saringan tahanan baharu di lokap Balai Polis Tawau, Sabah. Dua rakyat tempatan itu telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Kedua-dua kes ini tidak berkait antara satu sama lain. Dalam…

Read More

Kami PEJUANG

SETELAH lima hari tertanya-tanya apa nama parti baharu yang ditubuhkan oleh Dr. Mahathir Mohamad, hari ini, 12 Ogos, persoalan itu terjawab. Apa nama? Namanya PEJUANG. Jika diikutkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Pejuang antara lain membawa maksud: Orang yang berjuang (untuk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu). Tidak kisahlah apa yang mahu direbut, apa yang mahu dicapai dan apa yang mahu dipertahankan. Jika di sudut politik sudah tentu mahu merebut dan mempertahankan kuasa, tetapi jika dilihat dari sudut politik berteraskan kaum, ia juga mahu mempertahankan Melayu. Melalui catatan di facebook, Dr.Mahathir tidak menjelaskan…

Read More

9 tan gading gajah dimusnah

SINGAPURA : Sempena Hari Gajah Sedunia hari ini, 12 Ogos 2020, kerajaan Singapura memusnahkan sembilan tan gading gajah bernilai SG$18 juta (RM54 juta), hasil  rampasan terbesar sejak beberapa tahun lalu termasuk yang diseludup. Gading gajah itu dianggarkan diambil daripada 300 ekor gajah Afrika. Menurut Lembaga Taman Negara Singapura, operasi memusnahkan gading itu dilakukan menggunakan pemecah batu industri, bermula semalam yang memerlukan masa antara tiga hingga lima hari untuk menghancurkan semua gading yang dirampas antara 2014 dan 2019 itu, sebelum dibakar. Langkah menghancurkan gading itu bagi mengelakkannya memasuki semula pasaran gelap…

Read More

Lebih 20 juta dijangkiti

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 melepasi angka 20 juta dengan kematian pula mencecah 738,668 orang sementara jumlah pesakit yang sembuh pula kini 12,452,126. Data Johns Hopkins University menunjukkan, daripada 20,188,678 kes yang dicatatkan sehingga 7.30 pagi ini, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 5,138,850 kes dan 164,480 kematian. Ini diikuti Brazil yang mencatatkan 3,057,470 kes dengan kematian sebanyak 101,752. India pula merekodkan 2,268,675 kes, diikuti Rusia 895,691, Afrika Selatan 566,109, Mexico 485,836 dan Peru 483,133. Lima buah negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Colombia 397,623, Chile 376,616, Iran 331,189, Sepanyol 326,612 dan United Kingdom 313,394.…

Read More