Istiadat Pengebumian Negara

PUTRAJAYA 15 April – Kerajaan memutuskan supaya Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi diberi penghormatan ‘Istiadat Pengebumian Negara’, hari ini.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan memaklumkan jenazah negarawan itu akan dibawa ke Masjid Negara, pada pukul 8 pagi bagi pengurusan jenazah.

Katanya, penghormatan terakhir akan diadakan di Dewan Solat Utama Masjid Negara bermula pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari.

Jenazah akan disembahyangkan selepas solat zohor di Masjid Negara, dan seterusnya dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Menurut kenyataan itu lagi, pakaian bagi pelawat lelaki Islam adalah baju kebangsaan berwarna hitam, bersamping hitam tanpa sebarang corak dan bersongkok hitam, manakala bagi bukan Islam pula Lounge Suit gelap.

Selain itu, katanya, pakaian lain yang bersesuaian juga boleh dipakai.

Pakaian bagi pelawat wanita Islam adalah baju kurung/kebaya labuh berwarna gelap dengan selendang/tudung putih.

Bagi bukan Islam pakaian sopan warna gelap dan berselendang putih. Pakaian lain yang bersesuaian juga boleh dipakai.

Menurut JPM, semua bangunan di dalam jarak radius dua kilometer dari Masjid Negara hendaklah mengibarkan Jalur Gemilang separuh tiang hingga selesai Istiadat Pengebumian.

Untuk rekod, Abdullah merupakan mantan Perdana Menteri ketiga yang disemadikan di Makam Pahlawan selepas Perdana Menteri kedua dan ketiga iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment