Kami PEJUANG

SETELAH lima hari tertanya-tanya apa nama parti baharu yang ditubuhkan oleh Dr. Mahathir Mohamad, hari ini, 12 Ogos, persoalan itu terjawab. Apa nama? Namanya PEJUANG. Jika diikutkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Pejuang antara lain membawa maksud: Orang yang berjuang (untuk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu).

Tidak kisahlah apa yang mahu direbut, apa yang mahu dicapai dan apa yang mahu dipertahankan. Jika di sudut politik sudah tentu mahu merebut dan mempertahankan kuasa, tetapi jika dilihat dari sudut politik berteraskan kaum, ia juga mahu mempertahankan Melayu.

Melalui catatan di facebook, Dr.Mahathir tidak menjelaskan maksud PEJUANG itu tetapi menghuraikannya seolah-olah dalam bentuk puisi atau sajak. Ada disebut di situ mengenai Melayu. Keluh-kesah Dr.Mahathir mengenai Melayu, jual tanah atau gadai tanah, dan rasuah bukanlah sesuatu yang baharu berlaku, lima atau 10 tahun yang lepas. Ia sudah lama berlaku tanpa penyelesaian yang tuntas.

Disebut juga perihal jual tanah sama dengan jual hak. Lama-kelamaan jual negara.

Begitulah cetusan Dr. Mahathir mengenai PEJUANG. Cuma yang belum disentuh jual bangsa. Apa pun tahniah kepada barisan PEJUANG kerana sekali lagi Melayu dijadikan bahan untuk meneruskan perjuangan politik. Semoga Melayu ‘tidak dijual’. Selamat berjuang.

KITA tubuh parti untuk selamatkan kita.

Parti kita dihijack untuk selamatkan musuh kita.

Demikian Bersatu.

Ditubuh untuk hapuskan Kleptokrat.

Sekarang beralih untuk selamat Kleptokrat.

Kerana apa?

Kerana jawatan dan wang.

Perjuangan asal dibelakangkan.

Perjuangan sekarang berasas kepada “apa aku dapat”.

Jalan mudah. Terima sahaja apa yang ditawar.

Jika ada sesuatu yang boleh hancur Melayu.

Mengutama apa aku dapat adalah cara hancur orang Melayu.

Kenapa?

Kerana mengutama apa aku dapat, membelakangkan kepentingan Melayu.

Lihat peristiwa jual tanah.

Ya. Jual tanah dapat duit.

Duit habis, tanah sudah tergadai.

Apa yang tinggal pada penjual. Nothing.

Lihat Melayu negara jiran.

Melayu lagikah negara mereka?

Jual tanah sama dengan jual hak.

Lama-kelamaan jual negara.

Tidak ada hak lagi.

Maka hancurlah Melayu.

Siapa yang salah?

Orang lainkah?

Pilihlah.

Parti kami ditubuh kerana kesedaran.

Rasuah menghancur bangsa.

Rasuah yang hancur orang Melayu.

Jika ingin dapat jawatan dan wang.

Pilih parti lain.

Jika ingin tebus maruah.

Jika ingin kekal hak kita.

Pilih parti kami.

Pilih PEJUANG.

Related posts

Leave a Comment