293,037 kes : 257,269 pulih

ARAB Saudi pada Rabu, 12 Ogos merekodkan 1,569 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara itu meningkat kepada 293,037.

Jurucakap Kementerian Kesihatan (MOH) juga mengumumkan sebanyak 2,151 pesakit yang disahkan positif sembuh menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 257,269.

Pada masa yang sama MOH melaporkan 36 lagi kematian yang menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 3,269. Kes aktif pula 32,499 di mana 1,826 kritikal.

Sementara itu daripada 1,569 kes baharu yang dilaporkan, 78 kes direkodkan di Riyadh, Hail 75, Makkah 68, Jeddah 66, Madinah 60, Khamis Mushayt 57, Dammam 52 dan Hufof 50.

Related posts

Leave a Comment