JUMLAH kes jangkitan Covid-19 melepasi angka 20 juta dengan kematian pula mencecah 738,668 orang sementara jumlah pesakit yang sembuh pula kini 12,452,126.
Data Johns Hopkins University menunjukkan, daripada 20,188,678 kes yang dicatatkan sehingga 7.30 pagi ini, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 5,138,850 kes dan 164,480 kematian.
Ini diikuti Brazil yang mencatatkan 3,057,470 kes dengan kematian sebanyak 101,752.
India pula merekodkan 2,268,675 kes, diikuti Rusia 895,691, Afrika Selatan 566,109, Mexico 485,836 dan Peru 483,133.
Lima buah negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Colombia 397,623, Chile 376,616, Iran 331,189, Sepanyol 326,612 dan United Kingdom 313,394.
Sementara itu, Arab Saudi berada dalam kumpulan lapan negara yang melebihi 200,000 kes dengan merekodkan 291,468 kes diikuti Pakistan 285,191, Bangladesh 263,503, Argentina 253,868 , Itali 251,237, Turki 243,180, Perancis 239,355 dan Jerman 219,540.
Sebanyak enam negara merekodkan lebih 100,000 kes iaitu Iraq 156,995, Filipina 139,538, Indonesia 128,776, Kanada 122,389, Qatar 113,646 dan Kazakhstan 100,164.
Bagi kes kematian akibat Covid-19, Mexico mendahului dengan 53,003 diikuti United Kingdom 46,611, India 45,257, Itali 35,215, Perancis 30,327 dan Sepanyol 28,581.
Peru pula merekodkan 21,276 kematian, Iran 18,800, Rusia 15,103, Colombia 13,154,Afrika Selatan 10,751 dan Chile 10,178.
Sementara itu, Brazil mendahului kes sembuh dengan 2,396,860 kes diikuti AS 1,583,489, India 1,583,489, Rusia 701,796, Afrika Selatan 426,125, Mexico 393,160, Chile 349,541 dan Peru 324,020 .
Iran pla merekodkan 288,620, Pakistan 261,246, Arab Saudi 255,118, Turki 226,155, Colombia 221,485 dan Itali 202.461