Makkah catat 125 kes baharu

ARAB Saudi mencatatkan 1,428 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa jumlah keseluruhan jangkitan koronavirus itu setakat hari ini, 9 Ogos sebanyak 288,690 kes.. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), bagi tempoh yang sama, jumlah kematian akibat wabak Covid-19 ini meningkat kepada 3,167 kes apabila 37 lagi kematian dilaporkan. Bagi kes pesakit sembuh pula, jumlah setakat ini adalah 252,039 selepas 1,599 lagi pesakit dilaporkan pulih. Kes aktif pula 33,484 dan kritikal 1,816. Sementara itu, daripada kes baharu itu, Makkah merekodkan kes tertinggi dengan catatan 125 diikuti Riyadh 106, Hufof 68, Jazzan…

Read More

13 kes: 9 import, 4 tempatan

PUTRAJAYA: Jumlah kes positif Covid-19:di negara ini kembali kepada dua angka berbanding tujuh semalam apabila catatan kes harian menunjukkan 13 kes baharu dengan sembilan daripadanya kes import melibatkan lima warganegara Malaysia dan empat warga asing. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata empat kes lagi merupakan penularan tempatan melibatkan warganegara dengan dua daripadanya ialah Kluster PUI Sivagangga, satu merupakan Kluster Kurau dan bakinya adalah Kluster Meranti. Bagi kes import, masing-masing melibatkan dua kes dari China, India serta Jepun dan masing-masing satu kes dari Ireland, Indonesia dan Yaman. Kes penularan tempatan pula, terdapat…

Read More

Dua kluster baharu

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat dua buah kluster baharu yang telah dikenalpasti hari ini, iaitu: 1. Kluster Kurau: Dua kes dikesan, pertama kluster ini (iaitu kes ke-9050) merupakan kes positif Covid-19 yang dilaporkan pada 7 Ogos 2020. Kes kedua kluster ini (iaitu kes ke-9082) merupakan abang ipar kepada kes ke-9050, di mana beliau telah dikesan hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat. Susulan itu, beliau sekeluarga yang berada di Pulau Pinang telah turut disaring. Pada 9 Ogos 2020, beliau dikesan positif Covid-19 manakala,…

Read More

Terus bersatu, tabah – PM Lee

SINGAPURA mesti “terus bersatu padu dan tabah” dalam menangani Covid-19. Itu antara amanat Perdana Menteri Lee Hsien Loong sempena Hari Kebangsaan pada hari ini, Ahad , 9 Ogos. “Selagi penawarnya masih belum ditemui, kita perlu terus berwaspada dan mencari huraian, untuk menjaga keselamatan diri kita, orang tersayang dan jiran-jiran kita,” katanya semasa menyampaikan amanatnya ke seluruh negara pagi ini. Katanya, banyak negara sudah mula menyaksikan jumlah kes Covid-19 meningkat dengan mendadak walaupun pada peringkat awal berjaya mengawal penularan dan kemudian melonggarkan sekatan-sekatan yang dikuatkuasakan. “Ini juga boleh berlaku pada kita,…

Read More

TEMCO Sanglang hingga 4 September

MENTERI Besar Perlis, Azlan Man meminta semua penduduk yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar atau Targeted Enhanced Movement Control Order (TEMCO) mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan pihak berkuasa. Dalam satu kenyataan, Azlan berkata, tempoh kuatkuasa TEMCO selama sebulan bermula 10 malam tadi, 8 Ogos 2020 hingga 4 September 2020 melibatkan dua buah kampung, iaitu Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul di Sanglang. Seramai 912 penduduk terlibat sementara tiga buah sekolah iaitu SK Sanglang, SMK Sanglang dan SJKC Chin Hun diarahkan tutup oleh Jabatan Pendidikan Negeri…

Read More

India catat dua juta kes

INDIA merekodkan dua juta kes jangkitan Covid-19 sehingga pukul 7.30 pagi ini ketika jumlah kes di dunia terus menunjukkan peningkatan dengan catatan 19.5 juta kes dan 723,881 kematian. Data Johns Hopkins University juga menunjukkan, sebanyak 11,823,105 pesakit sembuh. Amerika Syarikat (AS) terus mendahului dengan 4,994,276 kes dan 162,382 kematian diikuti Brazil 2,962,442 dan 99,572 kematian dan India 2,088,611 kes dengan 42,518 kematian. Di kedudukan keempat kes tertinggi adalah Rusia yang merekodkan 880,563 kes diikuti Afrika Selatan 553,188, Mexico 469,407 dan Peru 463,875 kes. Lima buah negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Chile 364,723, Colombia 334,979, Iran…

Read More

Pembudayaan Norma Baharu

LOGO dan slogan Kempen Pembudayaan Norma Baharu, iaitu Bersama Hentikan Wabak COVID-19. Logo dan slogan itu ciptaan Mohd Nor Fakihin Aqsa Mohd Nor Azam, juara Pertandingan Mencipta Logo dan Tagline Kempen Pembudayaan Norma Baharu, anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bermula 1 hingga 10 Julai lalu. Pertandingan ini juga mendapat sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 1,137 peserta dan 2,150 logo yang diadili.

Read More

Indonesia catat 123,503

INDONESIA pada Sabtu, 8 Ogos mencatatkan 2,277 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus itu sebanyak 123,503 kes. Berdasarkan data yang dimuat naik di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, sebanyak 83,624 pesakit masih dalam pemantauan. Bagi tempoh 12 tengah hari 7 Ogos hingga 12 tengah hari Sabtu, sebanyak 65 lagi kematian dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan kematian akibat Covid-19 berjumlah 5,658 orang. Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 25,287 kes, diikuti Jawa Timur (24,922) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain. Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi…

Read More