Makkah catat 125 kes baharu

ARAB Saudi mencatatkan 1,428 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa jumlah keseluruhan jangkitan koronavirus itu setakat hari ini, 9 Ogos sebanyak 288,690 kes..

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), bagi tempoh yang sama, jumlah kematian akibat wabak Covid-19 ini meningkat kepada 3,167 kes apabila 37 lagi kematian dilaporkan.

Bagi kes pesakit sembuh pula, jumlah setakat ini adalah 252,039 selepas 1,599 lagi pesakit dilaporkan pulih. Kes aktif pula 33,484 dan kritikal 1,816.

Sementara itu, daripada kes baharu itu, Makkah merekodkan kes tertinggi dengan catatan 125 diikuti Riyadh 106, Hufof 68, Jazzan 59, Jeddah 57, Madinah 50 dan 45 kes masing-masing di Buraidah dan Dammam.

Related posts

Leave a Comment