Indonesia catat 123,503

INDONESIA pada Sabtu, 8 Ogos mencatatkan 2,277 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif virus itu sebanyak 123,503 kes.

Berdasarkan data yang dimuat naik di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, sebanyak 83,624 pesakit masih dalam pemantauan.

Bagi tempoh 12 tengah hari 7 Ogos hingga 12 tengah hari Sabtu, sebanyak 65 lagi kematian dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan kematian akibat Covid-19 berjumlah 5,658 orang.

Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 25,287 kes, diikuti Jawa Timur (24,922) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,856 orang, diikuti Jakarta (924), Jawa Tengah (720), Sulawesi Selatan (334) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

SINGAPURA merekodkan 132 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan

kes sebanyak 54,929. Enam daripada kes baharu adalah kes import.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan , kesemua kes import telah diletakkan di bawah notis kuarantin di rumah (SHN) sejurus tiba di tanah air. 

Kes baharu tersebut turut merekodkan satu kes jangkitan dalam komuniti melibatkan rakyat tempatan, sementara yang lain merupakan pemegang pas kerja yang tinggal di asrama mandiri yang turut berfungsi sebagai pusat kuarantin.

Setakat tengah hari Jumaat, Singapura mengklasifikasikan 739 kes yang dilaporkan sebagai kes import,  2,190 kes jangkitan dalam komuniti dan 51,868 melibatkan penghuni asrama pekerja.

Pada masa sama, seramai 48,312 pesakit atau kira-kira 88 peratus telah pulih sepenuhnya manakala 124 kes masih dirawat di hospital.

THAILAND merekodkan tiga kes baharu Covid-19 pada Sabtu yang melibatkan rakyatnya yang pulang dari Arab Saudi dan Indonesia.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 3,348. Jumlah kematian pula kekal 58.

Dua daripada kes itu melibatkan pelajar berusia 24 tahun yang tiba di negara itu pada 25 Julai

Seorang lagi berusia 32 tahun, pekerja firma pembinaan tiba di Bangkok pada Isnin dan dikuarantin sebelum disahkan positif pada Rabu.

Sebanyak 3,150 kes sembuh termasuk dua pada 8 Ogos menjadikan

94.09% daripada jumlah keseluruhan kes. Kira-kira 140 masih dirawat. masih dirawat.

Related posts

Leave a Comment