India catat dua juta kes

INDIA merekodkan dua juta kes jangkitan Covid-19 sehingga pukul 7.30 pagi ini ketika jumlah kes di dunia terus menunjukkan peningkatan dengan catatan 19.5 juta kes dan 723,881 kematian.

Data Johns Hopkins University juga menunjukkan, sebanyak 11,823,105 pesakit sembuh.

Amerika Syarikat (AS) terus mendahului dengan 4,994,276 kes dan 162,382 kematian diikuti Brazil 2,962,442 dan 99,572 kematian dan India 2,088,611 kes dengan 42,518 kematian.

Di kedudukan keempat kes tertinggi adalah Rusia yang merekodkan 880,563 kes diikuti Afrika Selatan 553,188, Mexico 469,407 dan Peru 463,875 kes.

Lima buah negara merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Chile 364,723, Colombia 334,979, Iran 317,483, United Kingdom 307,258 dan Sepanyol 305,767

Sementara itu, lapan negara merekodkan lebih 200,000 kes iaitu Arab Saudi 282,824, Pakistan 281,136, Itali 248,803, Bangladesh 246,674, Turki  236,112, Perancis 228,576, Jerman 214,113 dan Argentina 213,535.

Lima negara lagi merekodkan lebih 300,000 kes iaitu Chile 371,023, Colombia 367,204, Iran 324,692, Sepanyol 314,362 dan United Kingdom 311,461.

Arab Saudi pula merekodkan 287,262 kes, Pakistan 283,487, Bangladesh 255,113, Itali 250,103, Argentina 241,811, Turki 239,622, Perancis 235,208 dan Jerman 216,903.

Lima negara merekodkan lebih 100,000 kes iaitu Iraq 147,389, Filipina 126,885, Indonesia 123,503, Kanada 121,148 dan Qatar 112,650.

Bagi kematian akibat Covid-19, Mexico berada di tangga ketiga dengan 51,311 kes diikuti United Kingdom 46,651, India 42,518, Itali 35,203, Perancis 30,327, Sepanyol 28,503, Peru 20,649, Iran 18,264, Rusia 14,827, Colombia 12,250 dan Afrika Selatan 10,011 dan Chile 10,011.

Sementara itu, bagi kes pesakit sembuh pula, Brazil mencatatkan 2,321,537 kes diikuti Amerika Syarikat (AS) 1,643,118, India 1,427,005, Rusia 688,856, Afrika Selatan 404,568, Mexico 370,098, Chile 344,133, Peru 314,332.

Iran yang mencatatkan 317,483 kes merekodkan 282,122 kes sembuh, Pakistan 259,604, Arab Saudi 250,440, Turki 222,656, Itali 201,947, Colombia 198,495, Jerman 196,550 dan Sepanyol 150,376.

Related posts

Leave a Comment