Kes di Indonesia masih tinggi

THAILAND melaporkan 15 kes baharu Covid-19 termasuk sembilan pelajar dan seorang pekerja kilang rakyatnya yang kembali dari Arab Saudi menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 3,345 kes dengan kematian kekal 58. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata, lima lagi pesakit baharu adalah empat rakyatnya yang pulang dari Mesir dan seorang lelaki Thailand yang kembali dari Jepun. Setakat ini, sejumlah 408 rakyat Thailand daripada sejumlah 72,723 yang kembali dari luar negara dan menjalani kuarantin diuji positif Covid-19. Sementara itu, Thailand akan membuka pintunya kepada lebih ramai warga asing termasuk ahli…

Read More

Arab Saudi catat 285,793 kes

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Arab Saudi pada Jumaat, 7 Ogos merekodkan 1,567 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 285,793. Turut direkodkan 38 kematian yang menjadikan jumlah korban Covid-19 di Arab Saudi mencecah 3,093 orang manakala kes aktif 33,752 di mana 1,892 kritikal. MOH dalam satu kenyataan juga memaklumkan , 1,859 pesakit Covid-19 telah sembuh sepenuhnya menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 248,948 atau 87.11 peratus daripada kes keseluruhan. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 281 kes dilaporkan di wilayah Timur manakala Makkah mencatatkan 268 kes,…

Read More

Surau diarah ‘tutup’

SHAH ALAM : Surau Al-Jannah di Seksyen 23 kembali ‘beroperasi’ seperti semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila diperintahkan tutup serta merta susulan ada dalam kalangan jemaahnya mempunyai kontak rapat, dengan individu positif Covid-19 berkaitan Kluster Sivagangga. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan memberitahu , turut diarahkan tutup serta merta adalah Sekolah KAFA Al-Jannah, berdekatan surau berkenaan. Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad berkata, buat masa ini, surau tersebut tidak dibenarkan menganjurkan solat Jumaat, solat fardhu dan aktiviti keagamaan lain sebagai langkah pencegahan, bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 kepada penduduk setempat. Hanya tiga petugas jawatankuasa sahaja dibenarkan untuk…

Read More

25 kes: 12 kluster Sivagangga

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 25 lagi kes positif baharu jangkitan Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari Jumaat.di mana 12 daripadanya adalah dari kluster Sivagangga. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata ia menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,063 kes di mana jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 210 kes. Daripada 25 kes baharu yang dilaporkan, sembilan kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan lapan warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara.Sembilan lagi merupakan kes import dari luar negara. Beliau…

Read More

LGE mengaku tidak bersalah

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng  dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang. Guan Eng, 60, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya yang dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. Mengikut pertuduhan, dia semasa menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa telah secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan, iaitu, balasan berharga berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi kelak daripada Zarul Ahmad Mohd Zulkifli. Ia sebagai upah bagi…

Read More

Perlis tutup 12 masjid

ARAU : Semua 12 masjid  dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang dan kawasan berdekatan ditutup mulai hari ini sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengeluarkan arahan penutupan itu berikutan berulangnya penularan wabak Covid-19 di negeri ini. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, berikutan penutupan itu, solat Jumaat hari ini diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing. Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs dalam satu kenyataan bertitah individu yang berada dalam kawasan terlibat juga dilarang keluar dari…

Read More

‘Makanlah super ring’

MALAM tadi susulan penahanan Lim Guan Eng, di media sosial riuh rendah cerita kunyah super ring. Sana sini seolah-olah meraikan sesuatu dengan mengunyah super ring. Malahan ada yang khabarnya melintasi bangunan SPRM untuk aksi mereka bersama super ring. Tak semena-mena super ring makin popular. Reaksi itu dipercayai tindak balas penyokong mantan Perdana Menteri, Najib Razak terhadap pembangkang yang sebelum ini ‘meraikan’ hukuman ke atas Najib dengan aksi bersama super ring. Mereka termasuk Lim Guan Eng dan Mat Sabu memuat naik gambar kunyah super ring setelah Najib didapati bersalah. Najib sebelum…

Read More