Arab Saudi catat 285,793 kes

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Arab Saudi pada Jumaat, 7 Ogos merekodkan 1,567 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 285,793.

Turut direkodkan 38 kematian yang menjadikan jumlah korban Covid-19 di Arab Saudi mencecah 3,093 orang manakala kes aktif 33,752 di mana 1,892 kritikal.

MOH dalam satu kenyataan juga memaklumkan , 1,859 pesakit Covid-19 telah sembuh sepenuhnya menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 248,948 atau
87.11 peratus daripada kes keseluruhan.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 281 kes dilaporkan di wilayah Timur manakala Makkah mencatatkan 268 kes, Asir 259 dan Riyadh 208.

Related posts

Leave a Comment