25 kes: 12 kluster Sivagangga

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 25 lagi kes positif baharu jangkitan Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari Jumaat.di mana 12 daripadanya adalah dari kluster Sivagangga.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata ia menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,063 kes di mana jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 210 kes.

Daripada 25 kes baharu yang dilaporkan, sembilan kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan lapan warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara.Sembilan lagi merupakan kes import dari luar negara.

Beliau berkata, daripada 16 kes penularan dalam negara, 15 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan satu kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Kes penularan dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (15 kes) adalah :

Perlis: 10 kes daripada Kluster PUI Sivagangga

Kedah: satu kes daripada Kluster PUI Sivagangga

Pulau Pinang: satu kes daripada Kluster PUI Sivagangga.

Kes jangkitan dalam negara yang melibatkan bukan warganegara (satu kes) pula adalah saringan tahanan yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Johor.

Beliau juga memberitahu, 15 kes telah pulih menjadikan kumulatif kes yang pulih sepenuhnya sebanyak 8,728 kes (96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tiada sebarang kematian berkaitan COvid-19 direkodkan hari ini.

Related posts

Leave a Comment