80 % kes sembuh di Saudi

ARAB Saudi merekodkan 2,504 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 250,920. Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (MOH) juga melaporkan, sebanyak 3,057 pesakit telah sembuh sepenuhnya menjadikan 197,735 telah pulih atau 80 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Sebanyak 39 kematian juga dilaporkan yang membawa jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,486. Sementara itu, Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 178 kes diikuti Jeddah 177, Hafof 163, Makkah 144, Mobarraz 125, Taif 118 ,Hafr Al-Batin 102, Dammam 101,Khamis Mushayt 92, dan Madinah 57.

Read More

127 kematian harian tertinggi

INDONESIA mencatatkan 1,639 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 86,521 kes. Sebanyak 127 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam, tertinggi sejak kematian pertama pada 11 Mac, menjadikan jumlah korban setakat ini 4,143 orang. Daripada 127 kematian dalam tempoh 24 jam lepas itu, sebanyak 52 kes berlaku di Jawa Timur, 23 di Jawa Tengah, sembilan di Jakarta dan selebihnya di wilayah lain. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkaitan Covid-19, Achmad Yurianto, berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 37,505 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Jawa Timur mencatatkan jumlah…

Read More

15 kes baharu, satu kematian

PUTRAJAYA: Lima belas kes baharu Covid-19 melibatkan 11 penularan tempatan dan empat import serta satu kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes 8,779 dan 123 kematian. Empat kes import mendapat jangkitan di luar negara melibatkan dua warganegara dan dua bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja dan pasangan kepada rakyat Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat kes import itu dari United Kingdom (dua kes), India (satu) dan Libya (satu). Daripada 11 kes penularan dalam negara, lapan kes adalah dalam kalangan warganegara dan tiga kes bukan warganegara. Dalam satu kenyataan hari…

Read More

Di mana noktah UEC?

BILAKAH agaknya orang Cina dan Melayu terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum itu boleh ‘tidur lena’ daripada ‘diganggu’ isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu atau Unified Examination Certificate (UEC)? Ibarat sekali air bah sekali pantai berubah, isu ini tenggelam timbul tetapi tidak pernah tenggelam. Entah sudah berapa lama isu UEC ‘didendangkan’ tetapi penyelesaiannya tidak pernah dimuktamadkan. Asal ada peluang dan kesempatan, ada saja pihak yang cuba ‘menjolok’ isu ini. Apakah masalah yang ada sehingga isu ini tidak boleh dimuktamadkan pendirian kerajaan tanpa mengira siapa yang memerintah? Kelmarin isu ini…

Read More

Pergerakan terhad jemaah haji

PELAKSANAAN ibadah haji yang terhad kepada jemaah terpilih akan dilakukan dengan prosedur lebih ketat termasuk pergerakan mengikut kumpulan yang akan memberi keutamaan penjarakan bagi membendung penularan wabak Covid-19. Bakal jemaah juga wajib menjalani kuarantin selama tujuh hari di rumah mulai hari ini sehingga 3 Zulhijah sebelum mereka berangkat memasuki Makkah dan terus berada dalam keadaan kuarantin sehingga 8 Zulhijah. Menurut laman Facebook Haramain Sharifain, jemaah akan melakukan Haji Ifrad dengan miqat di Qarnul Manazil. Seorang penyelia ditugaskan bagi setiap 20:orang jemaah dan bas khas yang akan digunakan sepanjang tempoh ibadah…

Read More

14.21 juta kes, 600,435 maut

JUMLAH jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 14.21 juta kes meningkat kebih 200,000 dalam tempoh 24 jam manakala kematian pula meningkat kepada 600,435 kes. Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling tinggi kes dengan catatan 3,706,927 diikuti Brazil 2,074,860 dan India 1,038,716 kes. Rusia pula berada di tangga keempat dengan catatan 764,215. Empat negara merekodkan 300,000 kes iaitu Afrika Selatan 350,879, Peru 349,500, Mexico 331,298 dan Chile 328,846. United Kingdom (UK) pula masih dalam kumpulan 10 negara yang merekodkan 200,000 kes ke atas dengan catatan…

Read More

Kempen Elak Sembang Dekat

KETIKA penjarakan sosial semakin longgar atau mula diabaikan, Kempen Elak Sembang Dekat diharap dapat menyedarkan masyarakat supaya tidak memandang remeh Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menangani wabak Covid-19. Sama ada sedar atau tidak, SOP seperti penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka diabaikan di tempat tertentu terutama kawasan tumpuan ramai seperti pusat membeli belah, restoran, pasar malahan ketika beratur ke masjid pada hari Jumaat.. Itu belum lagi syarat membaca suhu badan yang di sesetengah tempat tidak lagi dipedulikan.  Alat itu ada tetapi tinggal sebagai syarat. Tidak mengapa tetapi jangan diabaikan pelitup…

Read More