Pergerakan terhad jemaah haji

PELAKSANAAN ibadah haji yang terhad kepada jemaah terpilih akan dilakukan dengan prosedur lebih ketat termasuk pergerakan mengikut kumpulan yang akan memberi keutamaan penjarakan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Bakal jemaah juga wajib menjalani kuarantin selama tujuh hari di rumah mulai hari ini sehingga 3 Zulhijah sebelum mereka berangkat memasuki Makkah dan terus berada dalam keadaan kuarantin sehingga 8 Zulhijah.

Menurut laman Facebook Haramain Sharifain, jemaah akan melakukan Haji Ifrad dengan miqat di Qarnul Manazil. Seorang penyelia ditugaskan bagi setiap 20:orang jemaah dan bas khas yang akan digunakan sepanjang tempoh ibadah haji itu.

Pergerakan aktiviti tawaf, sai dan melontar akan dilakukan secara berkumpulan dengan penjarakan dan mereka tidak dibenarkan menyentuh Kaabah.

Setiap jemaah juga perlu mengambil vaksin influenza dan Kementerian Haji turut membekalkan gelang pintar serta beg berisi dua  Ihram, keperluan penjagaan peribadi, pembasmi kuman, uncang batu, sejadah, kasut, pengecas telefon dan beberapa dokumentasi yang relevan.

Pemakaian pelitup hidung dan mulut juga diwajibkan sepanjang masa.

Sementara itu, mereka yang tidak mempunyai permit tidak akan dibenarkan memasuki Makkah, Mina, Arafah dan Muzdalifah mulai hari ini, Ahad sehingga 12 Zulhijah.

Related posts

Leave a Comment