14.21 juta kes, 600,435 maut

JUMLAH jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 14.21 juta kes meningkat kebih 200,000 dalam tempoh 24 jam manakala kematian pula meningkat kepada 600,435 kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling tinggi kes dengan catatan 3,706,927 diikuti Brazil 2,074,860 dan India 1,038,716 kes.

Rusia pula berada di tangga keempat dengan catatan 764,215.

Empat negara merekodkan 300,000 kes iaitu Afrika Selatan 350,879, Peru 349,500, Mexico 331,298 dan Chile 328,846.

United Kingdom (UK) pula masih dalam kumpulan 10 negara yang merekodkan 200,000 kes ke atas dengan catatan 295,631 diikuti

Iran 271,606, Pakistan 261,917, Sepanyol 260,255, Arab Saudi 248,416, Itali 244,216, Turki 218,717 dan Perancis 211,943.

Empat negara berada dalam kelompok 100,000 kes didahului Colombia 182,140, Argentina 122,524, Kanada 111,875 dan Qatar 106,308.

Iraq pula merekodkan 90,220 kes diikuti Mesir 87,172, China 85,314 dan Indonesia 84,882 .

Sementara itu AS juga mencatatkan kematian tertinggi dengan 140,103, Brazil 78,772, UK 45,358, Mexico 38,310, Itali 35,042, Perancis 30,155, Sepanyol 28,420, India 26,273, Iran 13,979, Peru 12,998 dan Rusia 12,228.

Related posts

Leave a Comment