80 % kes sembuh di Saudi

ARAB Saudi merekodkan 2,504 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 250,920.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (MOH) juga melaporkan, sebanyak 3,057 pesakit telah sembuh sepenuhnya menjadikan 197,735 telah pulih atau 80 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sebanyak 39 kematian juga dilaporkan yang membawa jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,486.

Sementara itu, Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 178 kes diikuti Jeddah 177, Hafof 163, Makkah 144, Mobarraz 125, Taif 118 ,Hafr Al-Batin 102, Dammam 101,Khamis Mushayt 92, dan Madinah 57.

Related posts

Leave a Comment