Kes di Makkah, Madinah turun

ARAB Saudi merekodkan 2,994 kes Covid-19 pada Sabtu, 11 Julai 2020, menurun sedikit berbanding Jumaat yang merekodkan 3,159 kes.dan 3,183 pada Khamis. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dengan pertambahan kes itu jumlah kumulatif kes kini meningkat kepada 229,480. Jumlah kematian pula meningkat kepada 2,181 kes apabila 30 lagi kematian dilaporkan hari ini. Bagi kes pesakit pulih pula, MOH menyatakan sebanyak 2,370 lagi pesakit disahkan sembuh yang membawa kepada peningkatan kes pulih 165,396. Kes aktif pula 61,903 kes di mana 2,230 kes kritikal. Sementara itu, 10 peratus daripada kes baharu direkodkan di…

Read More

Thailand catat 14 kes import

INDONESIA merekodkan 1,671 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan 74,018 kes. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, sebanyak 66 kematian dilaporkan dalam tempoh sama, menjadikan angka kematian keseluruhan terkini adalah 3,535 orang. Sebanyak 13,752 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Jawa Timur merekodkan kes positif dan kematian tertinggi iaitu 16,140 kes dengan 1,188 kematian manakala Jakarta 14,113 kes dan 681 kematian. THAILAND merekodkan 14 kes baharu yang kesemuanya melibatkan mereka yang dikuarantin selepas kembali dari luar negara. Ini bermakna, selama 47 hari tiada kes penularan tempatan dilaporkan manakala…

Read More

Lapan kes, satu kematian

PUTRAJAYA : Lapan kes baharu Covid-19 iaitu empat import dan empat tempatan serta satu kematian dilaporkan hari ini, 11 Julai 2020 menjadikan jumlah keseluruhan 8,704 kes dan 122 kematian. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini, sebanyak empat pesakit sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes pulih 8,515 atau 97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Sebanyak 67 kes aktif di mana tiga dirawat di ICU, dua daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan. Bagi kes kematian pula, ini adalah yang ke-122 selepas 26 hari berturut-turut negara mencatatkan tiada kematian akibat Covid-19. Kematian itu…

Read More

Hagia Sophia jadi masjid

MENJADI hak dan kedaulatan Turki untuk menentukan status Hagia Sophia. Itu penegasan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang meminta semua pihak menghormati keputusan undang-undang untuk menukar status bangunan ikonik itu yang ketika ini berfungsi sebagai muzium kepada masjid. “Saya meminta semua menghormati keputusan yang dibuat oleh cabang kehakiman mengenai Hagia Sophia,” katanya sambil menghargai segala pandangan yang dinyatakan komuniti antarabangsa mengenai perkara itu. Erdogan berkata, Hagia Sophia akan tetap dibuka kepada semua pengunjung. Masjid itu akan dibuka untuk solat Jumaat bermula 24 Julai depan. Sebelum ini, premis itu membenarkan semua…

Read More

Kes jangkitan berganda – WHO

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran berhubung peningkatan jangkitan Covid-19 sepanjang tempoh enam minggu kebelakangan ini. Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, sehingga Sabtu, sebanyak 12 juta kes positif direkodkan di seluruh dunia. “Hari ini dunia merekodkan 12 juta kes. Dalam tempoh enam minggu lepas, kes jangkitan meningkat berganda. “Bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, Covid-19 turut mengancam kehidupan,” katanya dalam taklimat media. Katanya, penyakit lain seperti demam campak, polio dan malaria akan merebak sekiranya imunisasi terhenti dan rangkaian bekalan bekalan perubatan…

Read More

Mandat jelas rakyat – PAP

KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020) memberi mandat yang jelas kepada pemerintah, dan mencerminkan sokongan yang meluas bagi Parti Tindakan Rakyat (PAP), kata Perdana Menteri, Lee Hsien Loong. Setiausaha Agung PAP itu berkata, keputusan itu juga menunjukkan keperitan dan ketidakpastian yang dirasakan rakyat Singapura dalam krisis (Covid-19) ini serta mencerminkan keinginan yang jelas bagi kerencaman suara di Parlimen. Bagaimanapun, katanya peratusan undi popular “tidak setinggi seperti yang saya harapkan”. Dalam satu sidang media pada awal pagi ini 11 Julai selepas keputusan diumumkan, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Parti Pekerja  (WP) bagi…

Read More

PAP kekal perintah Singapura

SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong kekal memerintah Singapura setelah memenangi 83 daripada 93 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semalam. Pesaing terdekat, Parti Pekerja (WP) yang diketuai Pritam Singh pula memperoleh 10 kerusi dengan mempertahankan kerusi GRC Aljunied dan SMC Hougang, serta menambah GRC Sengkang setelah keputusan muktamad diumumkan pada pagi ini, 11 Julai. WP memenangi kerusi baharu GRC Sengkang dengan 52.13 peratus undi berbanding 47.87 peratus yang diperoleh PAP. GRC itu mempunyai 120,166 penduduk yang layak mengundi dan merangkumi…

Read More