Mandat jelas rakyat – PAP

KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020) memberi mandat yang jelas kepada pemerintah, dan mencerminkan sokongan yang meluas bagi Parti Tindakan Rakyat (PAP), kata Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.

Setiausaha Agung PAP itu berkata, keputusan itu juga menunjukkan keperitan dan ketidakpastian yang dirasakan rakyat Singapura dalam krisis (Covid-19) ini serta mencerminkan keinginan yang jelas bagi kerencaman suara di Parlimen.

Bagaimanapun, katanya peratusan undi popular “tidak setinggi seperti yang saya harapkan”.

Dalam satu sidang media pada awal pagi ini 11 Julai selepas keputusan diumumkan,

beliau turut mengucapkan tahniah kepada Parti Pekerja  (WP) bagi prestasi mereka menenangi 10 kerusi pada GE2020 ini..

Beliau telah menghubungi Ketua WP, Pritam Singh untuk mengucapkan tahniah atas prestasi partinya, sambil menambah bahawa beliau memberitahu bahawa dengan 10 AP, Pritam Singh harus dilantik sebagai ketua pembangkang.

Secara keseluruhannya, PAP memenangi 83 daripada 93 kerusi Parlimen dengan meraih 61.24 peratus undi iaitu merosot daripada 69.9 peratus dalam GE2015.

Lee juga kecewa PAP gagal menenangi GRC Sengkang, serta pasukan yang termasuk Menteri di Pejabat Perdana Menteri Ng Chee Meng; Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kesihatan); Dr Lam Pin Min; dan Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri dan Kesihatan), serta muka baru Raymond Lye.

Lee berkata, beliau dan pasukannya akan berkhidmat kepada semua rakyat Singapura, tidak kira parti mana yang mereka undi.

“Biarpun anda tidak mengundi PAP, kami akan terus mendengar pandangan anda, berusaha untuk memenuhi keprihatinan anda, dan cuba lagi untuk memenangi sokongan anda,” katanya.

Lee dan pasukannya  yang terdiri daripada Darryl David, Gan Thiam Poh, Nadia Ahmad Samdin dan Ng Ling Ling mempertahankan GRS Ang Mo Kio dengan mengalahkan Parti Reform.

PAP memperoleh 124,430 atau 71.91 peratus undi manakala RP memperoleh 48,600 atau 28.09 peratus undi.

Jumlah keseluruhan undi adalah 178,039 manakala jumlah undi sah 173,030 dan undi rosak 5,009

Dengan 185,465 pengundi, GRC Ang Mo Kio pernah menang tanpa bertanding sebanyak tiga kali sejak pembentukannya pada 1991. Ia dicabar Parti Pekerja pada 2006. Pada 2011, ia bertanding satu lawan satu dengan RP.

Related posts

Leave a Comment