Lapan kes, satu kematian

PUTRAJAYA : Lapan kes baharu Covid-19 iaitu empat import dan empat tempatan serta satu kematian dilaporkan hari ini, 11 Julai 2020 menjadikan jumlah keseluruhan 8,704 kes dan 122 kematian.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini, sebanyak empat pesakit sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes pulih 8,515 atau 97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sebanyak 67 kes aktif di mana tiga dirawat di ICU, dua daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi kes kematian pula, ini adalah yang ke-122 selepas 26 hari berturut-turut negara mencatatkan tiada kematian akibat Covid-19.

Kematian itu melibatkan lelaki warganegara Malaysia yang berumur 72 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Lelaki itu telah mendapatkan rawatan tradisional beberapa kali sejak 3 Julai 2020 dan kemudiannya ke sebuah hospital swasta pada 9 Julai 2020.

Beliau dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak setelah disyaki positif Covid-19 dan kemudiannya disahkan positif Covid-19, kesihatan beliau terus merudum dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Akhirnya disahkan meninggal dunia pada 10 Julai 2020 pukul 5.49 petang.

Related posts

Leave a Comment