Kes di Makkah, Madinah turun

ARAB Saudi merekodkan 2,994 kes Covid-19 pada Sabtu, 11 Julai 2020, menurun sedikit berbanding Jumaat yang merekodkan 3,159 kes.dan 3,183 pada Khamis.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dengan pertambahan kes itu jumlah kumulatif kes kini meningkat kepada 229,480.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 2,181 kes apabila 30 lagi kematian dilaporkan hari ini.

Bagi kes pesakit pulih pula, MOH menyatakan sebanyak 2,370 lagi pesakit disahkan sembuh yang membawa kepada peningkatan kes pulih 165,396.

Kes aktif pula 61,903 kes di mana 2,230 kes kritikal.

Sementara itu, 10 peratus daripada kes baharu direkodkan di Riyadh iaitu 285 kes diikuti Hufof 226, Jeddah 221, Dammam 211, Mobarraz 158 dan Taif 152.

Makkah dan Madinah pula menunjukkan penurunan kes dengan masing-masing merekodkan 88 dan 77 kes.

Related posts

Leave a Comment