Kes di Riyadh menurun

ARAB Saudi mengesahkan 3,938 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 174,577. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 46 kematian lagi disahkan menjadikan jumlah korban meningkat kepada 1,474. Sebanyak 2,589 kes pula dilaporkan pulih menjadikan jumlah sembuh meningkat kepada 120,471 sementara kes aktif pula 52,632 dan kes kritikal 2273. Daripada jumlah kes baharu itu, 346 dilaporkan di Dammam, diikuti Hufof 332, Al-Mobarraz 294, Khamis Mushait 274, Jeddah 243. Al Qattif, Riyadh 217, Al Khobar 205, Makkah 184, Taif 157 dan Madinah 148.

Read More

Tiada kes tempatan di Thailand

INDONESIA merekodkan 1,240 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 51,427 kes dengan jumlah kematian meningkat kepada 2,683 berikutan 63 lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, sebanyak 13,506 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Katanya, Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 796 kes, diikuti provinsi Jakarta (616 kes), Kalimantan Selatan (178), Jawa Barat (173) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia. Jawa Timur terus mencatatkan peningkatan kes positif dan kematian mendadak, sejak Ramadan lepas, dipercayai akibat pergerakan orang ramai pulang ke…

Read More

Seri Paduka lawat sekolah

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beramah mesra dan bertanya khabar dengan pelajar-pelajar di dalam kelas di SMK Danau Kota, setapak, hari ini, 26 Jun 2020. Seri Paduka Baginda berkenan mengadakan lawatan kerja tersebut bagi meninjau pembukaan semula sesi persekolahan yang bermula sejak dua hari lalu (24 Jun, 2020). Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah di sekolah tersebut pada pukul 10 pagi disambut oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin dan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Al-Sultan Abdullah berkenan menerima sembah taklimat berkenaan pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula…

Read More

Gerakan dapat 1 kerusi DUN

IPOH: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, di Perak A. Sivasubramaniam memilih menyertai Gerakan selepas lebih tiga bulan mengumumkan keluar daripada DAP. Sivasubramaniam berkata, keputusan itu dibuat bagi meneruskan khidmatnya kepada rakyat di Buntong yang didakwa gagal dilaksanakan semasa dalam DAP. Katanya, pengalaman selama 22 bulan bersama DAP menjadi kerajaan di Perak, adalah amat mendukacitakan. “Kononnya, DAP adalah sebuah parti politik yang berpaksikan demokratik dan multiracial. Tetapi keadaan sebenarnya terlalu pahit.Demokrasi dalam DAP Negeri Perak dikawal oleh satu dua orang yang berkuasa, mengenepikan kesuburan demokrasi dalam parti itu. “Di peringkat…

Read More

Harga petrol naik 10 sen

HARGA petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 10 sen bermula 12 tengah malam nanti (27 Jun 2020). Ini menjadikan harga RON95 yang sebelum ini RM1.59 seliter, akan meningkat kepada RM1.69 seliter. Manakala harga RON97 pula akan menjadi RM1.99 seliter berbanding harga sebelumnya iaitu RM1.89 seliter. Harga runcit bagi diesel pula naik sebanyak 9 sen seliter iaitu daripada RM1.77 seliter kepada RM1.86 seliter. Harga tersebut adalah bagi tempoh 27 Jun 2020 sehingga 3 Julai 2020. Menurut kenyataan Menteri Kewangan, kenaikan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses (refined product), selari…

Read More

5 kes import, 1 saringan kerja

ENAM kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan pada Jumaat, 26 Jun 2020 menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 8,606, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah itu, tiada penularan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara dilaporkan. Lima kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan empat warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja. Satu kes penularan di dalam negara pula adalah warganegara Malaysia, iaitu kes saringan tempat kerja di Kuala Lumpur. Pada masa sama, Malaysia mencatatkan sifar…

Read More

Kes positif kini 9.55 juta

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia sehingga pagi ini mencecah 9.55 juta iaitu peningkatan kira-kira 200,000 kes dengan jumlah kematian meningkat kepada 484,880, peningkatan kira-kira 5,000 kes dalam tempoh 24 jam. Menurut data  Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2,416,727 kes dan 122,550 kematian. Brazil pula menjadi negara kedua yang mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,228,114 dengan 54,971 kematian manakala Rusia pula menduduki tempat ketiga dengan 613,148 kes tetapi jumlah kematian lebih rendah berbanding AS dan Brazil iaitu 8,594. India dan…

Read More

Chok Tong bersara dari politik

MENTERI Kanan Singapura Goh Chok Tong mengumumkan persaraan daripada politik dengan tidak menyertai Pilihan Raya Umum negara itu pada 10 Julai ini. Mantan Perdana Menteri itu menemui Perdana Menteri (PM) Lee Hsien Loong pada 24 Jun lalu bagi menyerahkan surat bersara sebagai Ahli Parlimen Marine Parade GRC. “ Saya berterima kasih kepada PM kerana memahami dan menerima” katanya dalam catatan Facebooknya. Goh berkata, adalah amat menyedihkan untuk mengakhiri satu fasa dalam kehidupan dan memulakan sesuatu yang baharu selepas 44 tahun menjadi ahli Parlimen ketika menyertai pilihan raya pada tahun 1976.…

Read More