Harga petrol naik 10 sen

HARGA petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 10 sen bermula 12 tengah malam nanti (27 Jun 2020). Ini menjadikan harga RON95 yang sebelum ini RM1.59 seliter, akan meningkat kepada RM1.69 seliter.

Manakala harga RON97 pula akan menjadi RM1.99 seliter berbanding harga sebelumnya iaitu RM1.89 seliter. Harga runcit bagi diesel pula naik sebanyak 9 sen seliter iaitu daripada RM1.77 seliter kepada RM1.86 seliter.

Harga tersebut adalah bagi tempoh 27 Jun 2020 sehingga 3 Julai 2020.

Menurut kenyataan Menteri Kewangan, kenaikan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Related posts

Leave a Comment