Kes di Riyadh menurun

ARAB Saudi mengesahkan 3,938 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 174,577.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 46 kematian lagi disahkan menjadikan jumlah korban meningkat kepada 1,474.

Sebanyak 2,589 kes pula dilaporkan pulih menjadikan jumlah sembuh meningkat kepada 120,471 sementara kes aktif pula 52,632 dan kes kritikal 2273.

Daripada jumlah kes baharu itu, 346 dilaporkan di Dammam, diikuti Hufof 332, Al-Mobarraz 294, Khamis Mushait 274, Jeddah 243. Al Qattif, Riyadh 217, Al Khobar 205, Makkah 184, Taif 157 dan Madinah 148.

Related posts

Leave a Comment