Kes positif kini 9.55 juta

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia sehingga pagi ini mencecah 9.55 juta iaitu peningkatan kira-kira 200,000 kes dengan jumlah kematian meningkat kepada 484,880, peningkatan kira-kira 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Menurut data  Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2,416,727 kes dan 122,550 kematian.

Brazil pula menjadi negara kedua yang mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,228,114 dengan 54,971 kematian manakala Rusia pula menduduki tempat ketiga dengan 613,148 kes tetapi jumlah kematian lebih rendah berbanding AS dan Brazil iaitu 8,594.

India dan United Kingdom menjadi negara keempat dan kelima dengan catatan kes 473,105 dan 309,455.

Lima lagi negara mencatatkan angka melebihi 200,000 iaitu, Peru 268,602, Chile 259,064, Sepanyol 247,486, Itali 239,706 dan Iran 215,096.

Sementara itu, lima lagi negara melebihi 190,000 kes iaitu Perancis 197,885, Mexico 196,847, Jerman 193,371, Turki 193,115 dan Pakistan 192,970.

Turut merekodkan angja lebih 100,000 kes adalah Arab Saudi 170,639, Bangladesh 126,606, Afrika Selatan 118,375, dan Kanada 104,391 diikuti Qatar 91,838, China 84,687 dan Colombia 77,313.

Sementara itu, kes kematian di United Kingdom adalah 43,314 kes diikuti Itali 34,678, Perancis 29,755, Sepanyol 28,330, Mexico 24,324, India 14,894, dan Iran 10,130.

(Grafik 10 pagi)

Related posts

Leave a Comment