Kes di Saudi kini 3,123

RIYADH tidak lagi mendahului kes harian hari ini, 24 Jun apabila menduduki tempat kelima dengan catatan 225 kes. Mendahului senarai 3,123 kes baharu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Arab Saudi hari ini adalah Al Hafouf yang mencatatkan 343 kes. Jumlah keseluruhan kes adalah 167,267 di mana 112,797 kes pulih termasuk 2,912 yang sembuh hari ini. Jumlah kematian baharu pula 41 kes menjadikan 1,387 kes sejak Arab Saudi merekodkan kes pertama pada 2 Mac lalu. Sementara itu, Dammam menduduki tempat kedua dengan 286 kes, diikuti Taif 284, Makkah 278, Jeddah 214, Al…

Read More

Kes di Indonesia kini 49,009

SINGAPURA mengesahkan 191 lagi kes jangkitan Covid-19, dengan tujuh melibatkan kes dalam komuniti menjadikan keseluruhan jumlah jangkitan 42,623 kes. Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata, daripada tujuh kes tersebut, dua melibatkan penduduk tetap dan lima lagi pemegang pas pekerja. Sehingga tengah hari semalam, 23 Jun, 35,995 atau 85 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit telah pulih manakala 192 kes yang disahkan masih dirawat di hospital, dengan seorang kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). Setakat ini, Singapura merekodkan 26 kematian akibat Covid-19. INDONESIA merekodkan 1,113 kes baharu positif Covid-19 dalam tempoh…

Read More

Enam kes positif harian

PUTRAJAYA: Kes baharu Covid-19 pada 24 Jun kekal mencatatkan satu angka iaitu enam kes, dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan 244 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Dengan pertambahan kes baharu itu, menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 8,596 kes, dan kematian kekal 121 kes. Daripada enam kes baharu, dua kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan satu warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap. Terdapat 45 kes yang telah pulih menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah…

Read More

Dah boleh kenduri kahwin

MULAI 1 Julai, kerajaan  membenarkan penganjuran majlis sosial termasuk perkahwinan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun penganjuran majlis sosial tersebut perlu dihadkan antara tiga hingga lima jam sahaja dan kapasiti tetamu yang hadir tidak melebihi 250 orang bergantung kepada saiz tempat majlis tersebut diadakan. “Majlis sosial ini merangkumi kenduri, majlis perkahwinan, ulang tahun perkahwinan, majlis keagamaan seperti tahlil, aqiqah, dan doa selamat, majlis-majlis seperti reunion, hari jadi dan lain-lain,” katanya dalam sidang media pada Rabu, 24 Jun. Beliau menjelaskan, penjarakan sosial…

Read More

Anak Mat Sabu dijel 8 bulan

ANAK bekas Menteri Pertahanan, Ahmad Saiful Islam Mohamad dihukum penjara lapan bulan setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu 24 Jun atas dakwaan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka pada awal tahun lalu. Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim memutuskan keputusan tersebut dicapai selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes melampaui keraguan munasabah terhadap anak Mohamad Sabu itu. Ahmad Saiful, 32 ditahan bersama 101 individu lain dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, awal tahun lalu. Dia ditahan dalam serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap,…

Read More

Solat Jumaat di surau

KERAJAAN sedang mengkaji cadangan untuk membenarkan umat Islam menunaikan solat Jumaat di surau bagi memberi peluang lebih ramai menunaikan solat itu ketika masjid mengehadkan kehadiran jemaah. Menteri di Jabatan Perdana Mentei Hal Ehwal Agama, Senator Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi catatan laman sosial Twitternya, pada Rabu berkata,  perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas kali Ke-7 Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. “Muzakarah yang dihadiri oleh semua Ashabus Samahah Mufti-Mufti dan Ahli-Ahli yang dilantik Majlis Raja-Raja membincangkan berkenaan cadangan kebenaran bagi surau untuk mendirikan solat Jumaat,” katanya.…

Read More

Dr. Afif sertai Bersatu

SELEPAS digantung sementara oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dilaporkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Menurut Portal The Malaysian Insight, Dr Afif dilaporkan sebagai berkata, keputusan menyertai Bersatu dibuat bagi membolehkan beliau berkhidmat dengan baik melalui kerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN). Mengulas sama ada gabungan wakil rakyat dan bekas pemimpin PKR menyertai Bersatu akan membentuk parti baharu, Afif berkata, fokus pada ketika ini adalah mengukuhkan PN. “Isu penubuhan parti baharu tidak penting. Yang penting ialah memperkukuhkan PN. Yang penting…

Read More

Solat sunat Aidiladha di Perak

SOLAT Sunat Hari Raya Aidiladha secara berjemaah boleh dilaksanakan di seluruh masjid dan surau di Perak di mana jumlah jemaah berasaskan had kapasiti keluasan sebenar ruang utama dewan solat dengan mengambil kira Prosedur Operasi Standard (SOP) yang menetapkan jarak satu meter di antara ahli jemaah. Pelaksanaannya juga dibuka kepada muslimah di ruang khas yang disediakan dan kehadiran muslimah hendaklah bersama mahram. “Memandangkan Hari Raya Aidiladha tahun ini jatuh pada hari Jumaat dan selaras dengan ketetapan ulil amri (pemerintah), solat Jumaat wajib dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha,” kata Ketua Pegawai Eksekutif,…

Read More

Cuti persekolahan dikurangkan

CUTI pertengahan penggal dua dan cuti akhir tahun dikurangkan dalam pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020. Cuti pertengahan penggal dua itu dikurangkan daripada sembilan hari kepada lima hari bagi sekolah-sekolah di seluruh negara. Cuti akhir tahun bagi sekolah-sekolah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari, manakala kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) dikurangkan daripada 41 hari kepada 13 hari. Oleh itu, jumlah hari persekolahan secara bersemuka berdasarkan pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020…

Read More

Kembali ke sekolah

SETELAH hampir tiga bulan bercuti di luar jadual, sesi persekolahan dibuka semula hari ini, 24 Jun 2020 tetapi secara berperingkat yang melibatkan pelajar yang mengambil peperiksaan awam, tingkatan lima dan enam. Pembukaan ini berpandukan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) serta pematuhan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah, Sekolah diarahkan tutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mulai 18 Mac diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat penularan pandemik Covid-19. Pelajar terlibat hari ini adalah yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia…

Read More