Kes di Indonesia kini 49,009

SINGAPURA mengesahkan 191 lagi kes jangkitan Covid-19, dengan tujuh melibatkan kes dalam komuniti menjadikan keseluruhan jumlah jangkitan 42,623 kes.

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata, daripada tujuh kes tersebut, dua melibatkan penduduk tetap dan lima lagi pemegang pas pekerja.

Sehingga tengah hari semalam, 23 Jun, 35,995 atau 85 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit telah pulih manakala 192 kes yang disahkan masih dirawat di hospital, dengan seorang kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Setakat ini, Singapura merekodkan 26 kematian akibat Covid-19.

INDONESIA merekodkan 1,113 kes baharu positif Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 49,009 kes.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini 24 Jun, sebanyak 38 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan 2,573 kematian.

Sebanyak 13,069 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 750 kes, diikuti provinsi Jakarta (602 kes), Jawa Barat (171), Kalimantan Selatan (168) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

FILIPINA merekodkan 470 kes baharu setakat pukul 4 petang ini yang merangkumi 357 kes terkini dan 113 kes lewat lapor. Jumlah keseluruhan kes kini 32,295.

Jabatan Kesihatan (DOH) juga melaporkan, 214 kes pemulihan yang membawa kepada jumlah keseluruhan pulih 8,656.

Sementara itu 18 kematian dilaporkan di mana 14 (78 %) berlaku pada bulan Jun (04-17 Jun 2020). Jumlah keseluruhan kes 1,204.

THAILAND merekodkan satu kes baharu jangkitan Covid-19 yang melibatkan seorang lelaki yang baru pulang dari Filipina dan menjalani kuarantin. Ini bermakna negara itu bebas penularan temoatan untuk hari ke-30.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Semasa Situasi Covid-19 (CSSA) Taweesilp  Visanuyothin berkata, lelaki berusia 31 tahun itu yang bekerja di restoran di Filipina pulang pada 17 Jun lalu. Dia disahkan positif pada Isnin tetapi tidak menunjukkan sebarang simptom.

Setakat ini jumlah kes terkumpul adalah 3,157 di mana 3,026 dilaporkan pulih termasuk tiga yang sembuh dalam tempoh 24 jam. Jumlah kematian kekal 58.

Related posts

Leave a Comment