Cuti persekolahan dikurangkan

CUTI pertengahan penggal dua dan cuti akhir tahun dikurangkan dalam pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020.

Cuti pertengahan penggal dua itu dikurangkan daripada sembilan hari kepada lima hari bagi sekolah-sekolah di seluruh negara.

Cuti akhir tahun bagi sekolah-sekolah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari, manakala kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) dikurangkan daripada 41 hari kepada 13 hari.

Oleh itu, jumlah hari persekolahan secara bersemuka berdasarkan pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 adalah sebanyak 168 hari bagi semua sekolah.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bilangan hari pembelajaran di rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan adalah sebanyak 56 hari bagi sekolah dalam negeri Kumpulan A, manakala kumpulan B sebanyak 55 hari. 

“Bilangan hari pembelajaran di rumah ini hanya terpakai kepada pelajar Tingkatan Lima dan Enam sahaja sementara bagi pelajar lain bergantung kepada bila mereka akan kembali ke sekolah kelak,” katanya.

KPM berkata Takwim Penggal Persekolahan 2020 yang telah dipinda boleh diperoleh melalui laman sesawang https://www.moe.gov.my/takwim/takwimpersekolahan-pindaan-2020. 

Related posts

Leave a Comment