Dr. Afif sertai Bersatu

SELEPAS digantung sementara oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dilaporkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurut Portal The Malaysian Insight, Dr Afif dilaporkan sebagai berkata, keputusan menyertai Bersatu dibuat bagi membolehkan beliau berkhidmat dengan baik melalui kerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mengulas sama ada gabungan wakil rakyat dan bekas pemimpin PKR menyertai Bersatu akan membentuk parti baharu, Afif berkata, fokus pada ketika ini adalah mengukuhkan PN.

“Isu penubuhan parti baharu tidak penting. Yang penting ialah memperkukuhkan PN. Yang penting ialah kerajaan dapat melayani rakyat dengan lebih baik,” katanya.

Dr Afif juga telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, yang juga Presiden Bersatu bagi memaklumkan penyertaan beliau.

Related posts

Leave a Comment